Sabtu, Februari 20, 2010
Jaga-jaga Kedah malam ni...
Skuad bolasepak Kedah yang akan bertemu Kelantan dalam perlawanan kedua di pusingan kedua Piala FA pada malam ini harus berwaspada bagi memastikan kemenangannya. Jika tewas kepada Kelantan,harapan Kedah untuk mara ke peringkat seterusnya akan berkubur lagi musim ini setelah gagal pada musim lepas.
Sementara itu Kelantan begitu yakin untuk menerima kunjungan Kedah malam ini di Stadium Sultan Mohamed Ke 4,Kota Bharu.Kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama di Alor Setar pada 16 Februari lalu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Kijang mahu ledak
Oleh Siti Nor Hidayah Razali
2010/02/20
KELANTAN tetap yakin dan percaya pasukan The Red Warriors akan memenangi perlawanan menentang Kedah, malam ini walaupun terpaksa turun beraksi dengan sebahagian tonggak utamanya mengalami kecederaan.
Jurulatihnya, B Sathianathan, berkata, pasukan Kelantan mempunyai kekuatan untuk memenangi pertandingan itu apabila barisan pertahanan yang dimiliki The Red Warriors mampu menumpaskan lawan.
“Walaupun pada malam ini kita tidak menurunkan dua penjaga gol utama Syed Adney Syed Hussin dan Halim Napi namun penjaga gol simpanan, Khairul Fahmi Che Mat mampu menjaga gawang daripada ditembusi lawan.
“Saya yakin penjaga gol muda ini mampu menjaga gawang gol kita daripada ditembusi lawan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Katanya, penyokong Kelantan juga perlu faham mengapa pasukan Kelantan menurunkan penjaga gol muda terbabit kerana kecederaan yang dialami dua penjaga gol utama.
“Selain itu, kita mahu pemain Kelantan bermain dengan bersungguh-sungguh kerana Kedah juga mempunyai kekuatan dari segi pertahanan tetapi itu tidak menghalang pasukan kita untuk memenangi pertandingan malam esok.
“Untuk itu, kita akan membuat rombakan segera untuk mengatur strategi dengan sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan milik Kelantan dan juga mahu badi seri dalam perlawanan menentang Kedah tempoh hari 0-0 di Stadium Darulaman itu dapat dipecahkan “Pemain mesti terus fokus terutama perlawanan ini menjadi penentu untuk mereka mara ke peringkat suku akhir,” katanya.
Sementara itu, kapten pasukan, Indra Putra Mahyuddin (gambar) turut melahirkan keyakinannya terhadap semangat The Red Warriors untuk bermain dengan baik biarpun mengalami kecederaan pada lutut kanan.
Katanya, dia akan cuba mempamerkan aksi terbaik malam ini dengan menyumbangkan gol penentu pasukan terbabit.
“Saya mengalami kecederaan di lutut kanan dan baru saja pulih 70 peratus. Bagaimanapun, saya cuba untuk bermain dengan baik untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan,” katanya.
hmetro
gomo!kelate!gomo! hehehehe....
BalasPadam