Persiaran Pandan 1
Pandan Jaya
Ampang, Selangor
3 Feb 2010
11 pagi
Jika anda tinggal di rumah pangsa, tentu anda perasan, ada antara mereka yang tinggal di blok bawah sekali, membuat penambahan di bahagian belakang rumah, dan membuat penambahan seolah-olah laluan siar kaki itu anda punya.
Bukan sedikit belanjanya , malah mungkin ada yang membuatnya melebihi dari harga rumah itu sendiri.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang pihak berkuasa tempatan, ia menyalahi akta kerana mendirikan tambahan rumah tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berwajib untuk bangunan bertingkat dan berstrata.
Dan jangan ingat, jika setahun anda terlepas dan tiada apa-apa tindakan diambil, lambat laun ia akan dirobohkan juga, dan disokong oleh persatuan penduduk atau bantahan penduduk.
Jadi, sikap keras kepala anda itu akhirnya membawa pelbagai musibah apabila anda tetap berdegil untuk merobohkannya sendiri - malah membawa malu kepada anda dan kelaurga selain dari kerugian wang ringgit.
Kes yang dipaparkan ini apabila Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPAJ bertindak merobohkan struktur yang dibina tanpa kebenaran/kelulusan , setelah beberapa kali ditangguhkan sejak lebih setahun lalu.
Ikuti sejarah bagaimana akhirnya struktur ini dirobohkan jua hari ini - di mana tindakan serupa akan mula dilakukan MPAJ di seluruh kawasan pentadbirannya secara berterusan.
24 Nov 2008
MPAJ menerima aduan dari Badan Pengurusan Pandan Jaya M1 (blok pangsapuri ini) - penambahan di unit 102
27 Nov 2008
Notis dikelaurkan di bawah seksyen 72(1) Akta 133 supaya pemilik membuka dan merobohkan sanbungan dan tambahan dalam tempoh 7 hari
13 Mei 2009
Surat pemberitahuan akhir dikeluarkan, pemilik diberi 14 hari bagi mematuhi arahan
Mei 2009
Badan pengurusan sekali lagi memaklumkan kepada MPAJ, unit 103 (bersebelahan unit 102)pula melakukan penambahan22 Mei 2009
Lawatan MPAJ mendapati memang benar, unit 103 sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Notis dikelaurkan dan arahan meroboh dalam tempoh 3 hari
Notis untuk operasi meroboh pada 4 Ogos 2009, dihantar kepada pemilik
4 Ogos 2009
Jabatan Bangunan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasa, datang untuk operasi meroboh, tetapi dibatal saat akhir atas arahan Jurutera Bangunan
Surat Badan Pengurusan sekai lagi memaklumkan kepada MPAJ mengenai struktur yang dibina di belakang kedua-dua unit terbabit
3 Februari 2009
Operasi meroboh struktur binaan dilaksanakan
Dan akhirnya, inilah padah yang diterima apabila tetap berdegil...
(MPAJ memberikan tempoh setengah jam kepada pemilik untuk memindahkan barangan sebelum operasi meroboh dilakukan)
Oleh itu, kepada anda yang merasakan anda kebal, sebenarnya hanya menunggu tindakan untuk dilakukan. Cuma lambat atau cepat sahaja...
ondscene
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...