Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Zahrain kata, dia kini wakil rakyat bebas maka dia kini bebas untuk mengkritik sesiapa juga termasuklah PKR.
Namun, dia juga harus ingat, selepas ini dia juga harus berlapang dada untuk menerima kritikan termasuk dari bekas pengikutnya.
Itu antara reaksi segera Pengerusi PKR Pulau Pinang berhubung tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim yang meninggalkan parti itu pagi tadi.
Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang menyifatkan Zahrain seorang pengecut dan bukan anak jantan apabila enggan berdepan dengan ahli PKR dari cabangnya sendiri.
“Selepas Zahrain menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parti dari cabangnya cuba untuk menemui beliau tetapi gagal termasuklah melalui utusan surat secara rasmi kepadanya.
Maka, ahli dari cabangnya sendiri bertekad untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya tetapi Zahrain yang gelisah dengan tindakan itu telah mengumumkan keluar parti hari ini,” katanya.
Beliau memberitahu, tindakan Zahrain itu sudah dijangka berlaku dan menyifatkannya sebagai satu proses ‘pembersihan’ parti.
Beliau turut menegaskan bahawa Zahrain akan keseorangan selepas ini atau mungkin dipungut oleh parti tertentu sambil meyakini tiada wakil rakyat dari parti itu yang mengikut jejaknya.
“Kalau mahu masuk PKR kerana wang, pangkat dan projek tertentu, kamu pasti akan kecewa kerana parti ini bukan parti Umno.
Tetapi, jika kamu masuk parti kerana mahu memperjuangkan agenda perubahan untuk rakyat, silakan, saya yakin kamu pasti kekal dalam parti ini,” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.
Terdahulu, Zahrain yang keluar parti dikaitkan dengan sikapnya yang tidak berpuashati dalam agihan projek tertentu di Pulau Pinang yang dipercayai ada kaitan dengan kepentingan beliau.
erapakatan
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
biar le si lahanat tu berambus dan mampus dengan lebih cepat dari PR, selagi manusia seperti ini berada di dalam parti, dia akan merosakan keseluruhan PKR khususnya dan PR amnya, ianya seperti barah yang sukar diubati dan lebih baik mati, kalau mereka rasa nak berambus and nak mampus dari PKR, biarkan je mereka, samalah dengan si Zulkifli yang nak tunjuk hero islam konon, melalak macam anjing, semua orang tak kena, dia je le yang betul, biarkan dia berambus, kot-kot mungkin UMNO-BN nak ambik dia sebagai salah seorang pemimpin dalam UMNO, UMNO memang minat penyangak macam ni, sebab UMNO tu bapak segala penyangak, sori ye untuk berul 2 ekor tu
BalasPadam