Ahad, Februari 21, 2010

MP Kuala Nerus dirawat di HSNZ akibat jangkitan kuman pada paru-paru

2010/02/21

KUALA TERENGGANU: Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Saya dinasihatkan doktor supaya segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini kesihatan saya berada dalam keadaan baik dan stabil," katanya yang ditemani isteri, Datin Sabariah Mohd Yusof.


Terdahulu, beliau dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said.-Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...