Isnin, Februari 01, 2010
NAJIB SINGKAP KAIN ORANG, KAIN SENDIRI KOYAK RABAK
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN
PERDANA Menteri Najib Razak menyifatkan krisis politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebagai suatu krisis 'serius' yang kononnya menolak kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Agak menarik apabila UMNO memandang serius krisis dalaman Pakatan Rakyat seolah-olah menampakan Pakatan Rakyat akan hancur lebur semacam drama di Perak dulu.
Apakah krisis sebegini tidak pernah dialami oleh UMNO khasnya dan BN amnya? Apakah UMNO lupa parti komponen BN juga menghadapi masalah yang sama? Lupakah UMNO krisis di antara Sammy Vellu dan M. Kayveas? Mereka saling berbalas kenyataan di media elektronik dan cetak? Malah MIC mengemukakan usul kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) supaya PPP disingkirkan daripada pakatan BN. Bukankah ini juga perbalahan dalaman politik?
Begitu juga kes perlantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis sedikit masa dahulu. Malah, Tengku Adnan Mansor juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin dari UMNO dan ‘menanggung akibat’ jika beliau menerima perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar.
23 ADUN Terengganu pada masa itu dengan lantangnya mengumumkan akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu sekiranya Ahmad Said yang mengangkat sumpah dan bukannya Idris Jusoh. Ini cerita apa?
Bagaimana pula dengan konflik di antara M.Kayveas dan T.Murugiah ? Satu parti dua presiden? Semuanya bergolak ekoran kenyataan masing-masing mendakwa mereka adalah Presiden yang sah. Mengapa ianya berlaku? Bukankah ini menunjukkan tiada kesepakatan dan perpaduan dalam Barisan Nasional?
Walaupun sudah berlalu kerana dalam UMNO tidak ada persefahamanlah, maka wujudnya Semangat 46 sedikit masa dahulu? Atau mungkin Rais Yatim boleh 'flashback' apa cerita yang berlaku dahulu?
Kerana inginkan kuasa terunggullah, maka wujudnya satu lagi 'team khas' memperkotak-katikkan kepimpinan Pak Lah. Sehingga beliau terpaksa berundur sebelum waktunya? Sampaikan ada pemimpin yang sanggup berikan kenyataan di Singapura meminta Pak Lah undur diri dengan segera di luar dari tarikh yang asal yang Najib setuju. Dato Seri Najib sudah lupakah cerita lukanya hati seorang Perdana Menteri?
Terbaru konflik dalaman MCA. Kronologi bermula dengan pemecatan Chua Soi Lek dan berlarutan sehingga ke kes PKFZ. Ong Tee Keat memecat Chua Soi Lek ekoran video lucahnya manakala pergolakan parti berpunca dari penglibatan Ong Tee Keat dalam isu berprofil tinggi PKFZ. Sehingga ke hari ini semuanya lintang-pukang. Tiada berkesudahan. Tidakkah cerita itu juga bercelaru dalam Barisan Nasional?
Kita hanya menamakan beberapa kronologi konflik dalaman BN. Jika dibandingkan dengan krisis dalaman Pakatan Rakyat, kita rasa konflik dalaman BN lagi hebat. Tapi demi menyelamatkan prestij UMNO yang sudah semakin parah, mereka terpaksa belajar 'menyingkap dalam kain orang lain.'
War-warkan krisis 'rumahtangga' orang lain, padahal kemelut 'rumahtangga' sendiri berantakan. Nyaris bercerai-berai. Segala yang berlaku dalam Pakatan Rakyat bagaikan suatu bonus buat UMNO. Sebelum dengan lantangnya memberi andaian terhadap Pakatan Rakyat, bersihkan dahulu kekotoran dalaman UMNO. Leraikan dahulu segala yang kusut dalam BN. Bila semuanya sudah suci bersih, barulah boleh komen perihal parti lain.
Jangan nanti jadi seperti kisah angan-angan Mat Jenin, berangan-angan dan berharap Pakatan Rakyat berpecah-belah, tahu-tahunya UMNO dan BN sendiri yang tunggang terbalik. Apa pun kita tunggu sahaja PRU13, biarlah rakyat Malaysia yang tentukan nasib Pakatan Rakyat dan BN.
Segan kita menyedarkan Dato Seri Najib, bahawa dirinya itu Perdana Menteri UMNO atau Perdana Menteri Malaysia? Kalau Najib bersifat Perdana Menteri Malaysia tentu sekali beliau mahu semua negeri-negeri dalam Malaysia berhenti dari bercakaran sesama sendiri dan semua pemimpin politik berkerja membangun rakyat Malaysia yang miskin di bawah kepimpinannya.
sabahkini
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Team A , Team B, Team C dan Team D yang ada dalam UMNO sekarang pun tak selesai..apa nak hairan
BalasPadamTeam A - Mamak Kuty
Team B - DSAI
Team C - Pak Lah & KJ
Team D - All other donkeys including Jibby & Jibon
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam