Oleh:YUSMAWATI MHD YUSOF
Tokoh DAP Lim Kit Siang mahukan Parlimen mengadakan sidang tergempar bagi menjelaskan pendiriannya berhubung tuntutan rakyat dan perwakilan negara luar yang mahu tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan kerana ia adalah fitnah semata-mata.
Pendirian Parlimen itu perlu kerana segelintir wakil rakyat Barisan Nasional bertindak secara bersendirian semalam untuk mengecam Ahli Parlimen Australia yang mahu pertuduhan itu digugurkan.
Menurut Kit Siang, tindakan ahli BN itu tidak mewakili suara penuh Parlimen khususnya wakil Pakatan Rakyat dan beberapa wakil BN yang masih mengutamakan keadilan.
“Kita meminta Perdana Menteri untuk menyakinkan satu mesyuarat tergempar di Parlimen untuk menjelaskan kedudukan Parlimen bagi tuntutan pertuduhan liwat ke atas Anwar digugurkan.
Semalam beberapa ahli parlimen BN menyertai demonstrasi anjuran Pemuda Umno dan disertai beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Dalam pada itu ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga akan mengemukakan memorandum kepada Najib sebagai sokongan kepada semua pihak di dalam dan luar negara yang mahukan pertuduhan terhadap Anwar digugurkan.
“Hari ini kami ahli parlimen Pakatan Rakyat, Pas Keadilan dan DAP akan menyediakan memorandum menyokong semua suara meminta kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Najib supaya mengambilkira tuntutan suara dalam negara mahupun luar supaya menggugurkan tuduhan liwat Iike atas Anwar,”katanya.
tvs
Apalah bodoh sangat Cina LKS ini. Tahap faham konsep "separations of powers ' ke ? Kalau kerajaan campur tangan dan arahkan mahkamah supaya tidak bicarakan Anwar, maka pembangkang akan gunakan isu ini dengan mengatakan kerajaan mencampuri urusan "judicary". Kerajaan akan kena kutuk jugak. Jangan nak perbodohkan rakyat Malaysia. AKu harap PM sedar perangkap LKS dan Anwar nie...
BalasPadam