Jumaat, Februari 19, 2010
PKR perlu tarbiahkan ahli terutama pimpinan
Oleh: budakhutankampung
DS,
pada pandangan saya, PKR perlu tarbiahkan ahli2 terutama pimpinan samaada di peringkat bawahan sehinggalah di peringkat atasan agar sentiasa istiqamah dan tidak luntur dek kepentingan peribadi sepertimana pimpinan PAS buat…Sehingga saat ini, saya belum nampak YB2 dari PAS berpaling tadah….seperti contoh PRU 2004, kerajaan PAS Kelantan di saat itu amat genting kerana hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja di peringkat DUN. Atas prinsip istiqamah dan keberkatan tarbiah yg kuat, walau di pujuk dgn jutaan ringgit, prinsip ahli2 DUN PAS tidak berganjak dgn pujuk rayu wang ringgit.
Dlm PRU 2008, Kita lihat ramai calon2 yg dikemukakan PKR adalah calon “recycle” dr UMNO yg kebanyakannya adalah rakan2 DS yg sudah tentu DS tahu latar belakang mereka dan di mana mereka di saat DS dihina, difitnah & dipenjara,..bilamana mereka diangkat menjadi calon dan menang, itulah yg terjadi di Kedah,Perak & Selangor di mana mereka melompat katak & kijang kununnya nk menjadi wakil bebas disebabkan perjuangan Pakatan Rakyat dah lari ttp sebenarnya perasaan keUMNOan mereka masih kuat…cuba kita kaji bekas pemimpin UMNO yg memasuki perjuangan PAS, sehingga di saat ini saya lihat tiada seorang yg goyah dan berpatah balik menyokong UMNO…sayugia, inilah natijah yg berkesan konsep dan prinsip tarbiah & dakwah yg dipraktikkan oleh pimpinan PAS,…begitu juga dgn konsep Bai’ah dlm PAS, walaupun pada pandangan org jahil ianya amat berat ttp itu prinsip asas perjuangan di mana tidak cukup hanya dgn slogan dan ikrar, sumpah taat setia dgn nama Tuhan amat memberi impak yg mendalam. Ikrar di hadapan manusia tidak kekal lama, ikrar bersaksikan nama Tuhan amat bermakna…
Tak salah jika kita mencontohi cara & pendekatan rakan dalam pakatan, jgn pula kita mencontohi dan mengikuti dasar @ asas yg dilaksanakan oleh lawan politik walau dulu pernah menjunjung & bersamanya…
*Petikan komen dari anwaribrahimblog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...