Ahad, Februari 28, 2010

Program Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Sabah 28 Februari 2010

Oleh Dzulkarnain Taib

Bekas Timbalan Menteri Buruh Datuk Kalakau Untol dijangka mengumumkan penyertaan beliau secara rasmi dalam Parti Keadilan Rakyat pada 28 Februari sempena lawatan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar ke negeri itu.

Datuk Kalakau yang mengumumkan peletakan jawatan beliau dari beberapa anak syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan dalam Barisan Nasional 18 Februari lalu.

Beliau dijangka menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Datuk Seri Anwar pada satu majlis ceramah "Selamatkan Malaysia" di Tuaran, Sabah.

Datuk Kalakau, 55, adalah bekas Ahli Parlimen Tuaran dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Datuk Seri Anwar mempunyai jadual lawatan yang padat semasa berada di Sabah bermula dengan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Keadilan dan DAP Sabah di Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu pada pukul 12:00 tengahari.

Majlis tersebut akan turut dihadiri Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr Hiew King Cheu.

Ini akan disusuli dengan sidang media pada pukul 3:00 petang sebelum perjumpaan bersama Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah.

Kemuncak lawatan Ketua Pembangkang adalah Ceramah Perdana di Kampung Roun, Tuaran yang akan dihadiri oleh barisan pimpinan Pakatan Rakyat dari Semenanjung dan Sabah.

Ini termasuk Exco Selangor Yaakob Sapari, Pengerusi Majlis Penyelaras PKR bagi Sabah dan Saarawak Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan Ketua Cabang Tuaran Ansari Abdullah.

suarakeadilan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...