Ahad, Februari 28, 2010
Tuduhan Membunuh Dan Bersekedudukan
Ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga menunggu di luar Hospital Kuala Kubu Bharu.
Pemandu teksi berdepan kes bunuh, bersekedudukan
KUALA LUMPUR, 27 Feb — Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rashid berkata polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini kelmarin.
Bakhtiar berkata suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Katanya polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.
Bakhtiar berkata polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.
“Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu. Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.
Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.
Bakhtiar berkata hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.
“Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.
Menurutnya keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini.
themalaysianinsider
pompuan mcm ni xpyh nk kesian..
BalasPadamberlakon je nanges tu..
duk bersama tnpa ikatan sah smpai ader anak..
bodoh punye manusia..
kuarga tau tp buat bongok je pasal depa!!!
Bayangkan berapa zalimnya manusia yg bertukar menjadi binatang ini..Timbalan Ketua Polis pun sebak semasa memberi keterangan...apa punya manusia la...yg si ibu pulak menangis teresak2 sampai pengsan padahal dia sama2 mendera anaknya sendiri, yg jantan tu dah tentu lah...mana tahan dok bawak teksi tak seberapa nak kena bagi makan anak kecil tu lagi, mak dia lagi...dulu masa pakai malam2 tak kira ka? pakai free 6 taun ooo...kanak2 tak berdosa dan sah masuk syurga mak dan teman laki masuk lokap pastu munkin neraka..semoga allah jauhkan kita dari akhlak dan perangai seperti tu....
BalasPadam