Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Feb 12 — Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) memutuskan untuk menangguhkan Debat Royalti Petroleum yang dijadual untuk diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, esok.
Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah memberitahu penangguhan itu ekoran dua ahli panel dijemput iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz gagal mengesahkan kehadiran mereka sehingga semalam.
“Gegar sudahpun menghantar surat jemputan terhadap ahli panel tersebut, tapi hingga kini tiada sebarang jawapan. Kenapa mereka tak jawab kami pun tak tahu.
“Sepatutnya berdasarkan hujah-hujah mereka yang dikatakan konkrit dalam penafiannya seperti mana disiarkan TV, radio, surat khabar dan sebagainya sebelum ini mereka harus lebih bersifat berani. Apatah lagi perkara melibatkan kepentingan rakyat,” katanya.
Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub telah mengesahkan persetujuannya, kata mereka dalam satu kenyataan.
Sebelum ini Abdul Halim dan Mohamad Fauzi memaklumkan satu program Debat Royalti Minyak membabitkan empat tokoh berkenaan esok.
Akhir tahun lalu Nazri berkata beliau bersedia untuk menyertai debat seumpama itu bila-bila masa atau di mana jua untuk berdepan dengan Salahuddin.
Bulan lalu Gegar dalam misinya telah berjaya membawa bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah pada ceramah perdana berhubung pertikaian bayaran royalti di Stadium Sultan Mohamad IV.
Kata mereka, meskipun terpaksa ditangguh buat sementara waktu namun usahanya bagi menjayakan program debat tersebut akan diteruskan.
“Kita akan laksanakan program ini. Hasrat Gegar tidak lebih daripada untuk menyampai maklumat yang benar kepada rakyat,” ujarnya.
themalaysianinsider
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...