Khamis, Mac 25, 2010

Anak dipaksa melacur oleh ibu jadi kes polis, JKM


KUCHING: Biro Pengaduan Awam (BPA) menyerahkan kepada polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai kes seorang budak perempuan berusia 16 tahun dari Rawang, Selangor yang didakwa dipaksa ibunya menjadi pelacur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata berdasarkan aduan yang diterimanya di Kuala Lumpur semalam, wanita berkenaan yang sudah bercerai dengan suami, dilaporkan sering bertukar pasangan lelaki setiap malam di rumah yang turut didiami anaknya itu.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa budak perempuan itu sudah melarikan diri ke rumah neneknya di Kampar, Perak dan tidak lagi bersekolah kerana tidak tahan dengan sikap ibunya.

Murugiah berkata PBA berharap kes itu dapat diselesaikan melalui sistem timbang tara iaitu penyelesaian secara bermusyawarah yang diperkenalkan oleh biro terbabit sejak empat bulan lalu.


Beliau berkata melalui sistem timbang tara itu, pengadu akan bersemuka terus dengan pihak yang diadu dan tindakan perlu dilakukan dalam tempoh lima hari bekerja ataupun selewat-lewatnya dua minggu bekerja bergantung kepada kes yang diadu. - Bernama





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...