Jumaat, Mac 19, 2010

Berhati-hati dengan Touch n Go


Rupa-rupanya kad Touch n Go (TnG) pun tak boleh diharap.Kaki tipu jugak.Oleh itu,hangpa dinasihatkan supaya berhati-hati dengan baki kad TnG hangpa.

Aku sendiri dah terkena beb! Masa keluar dari tol Jalan Duta baki kad TnG aku ada RM92.90,tapi bila melalui sebuah lagi tol terbuka di Lebuhraya Duke yang berharga RM2.00, baki kad telah menjadi RM74.30.

Ini bermakna aku telah dicaj RM18.60 untuk tol yang berharga RM2.00. Aku kerugian RM16.60.Itu baru aku sorang yang perasan terkena.Macamana pula bagi orang lain yang tak ambik pot dengan baki kad masing-masing? Kalau sorang dia tipu seringgit, cuba hangpa congak kalau 5 juta pengguna dia tipu sorang seringgit.Buta-buta saja...

Aku pun selama ni tak ambik pot dengan baki kad,hari tu boleh perasan sebab baru top up sebelum masuk tol Juru,sebab tu la senang detect pasai ada resit top up tu lagi kat dalam poket.

Kes ni,aku dah pi buat report kat kaunter TnG,dia kata dalam masa sebulan dia akan bayar balik duit yang terlebih potong tu.Sempat la depa rolling duit tu dulu...aku kasi can la kali ni.Lain kali kalau kena tipu lagi,aku nekad bawak pi mahkamah beb.

Jadi berhati-hatilah kerana penyangak ada di mana-mana saja sekarang ni.Jangan terlalu mempercayai sistem buatan manusia.






7 ulasan:

  1. biasa la beb,nak laksanakan GST dah kena bangkang awai2 jadi kat mana lagi nak korek duit nak buat projek berbillion2 utk umpan pilihanraya yang akan datang,duit dalam kantung negara pun dah susut,rizab kat luar negara pun dah kurang utk dicairkan,nak ambik duit KWSP depa pun dah kering kontang, duit tabung haji pun dah tinggai tabung,dah tu nak gagau tang mana lagi, duit yang dok ada habih puak2 elit jahanam ni balaih, maka bila saja ada projek yang akan dilaksanakan maka depa ni kena la gagau dari poket rakyat jugak secara sedaq atau tidak memang dah lama dah depa dok buat kheja ni, melalui transaksi bank,bil2 utiliti dan caj2 yang jarang kita ambik kisah sangat apabila membeli barangan dipusat beli belah, inilah cukai tersembunyi yang kerajaan dok kutip dari rakyat tanpa kita sedari.maknanya setiap transaksi kewangan kita dengan mana2 agensi swasta @ kerajaan maka disitulah kerajaan mengenakan caj tersembunyi tersebut dari agensi2 ini utk diberikan kepada kerajaan.yang menjadi mangsanya adalah rakyat marhein kita tapi yang kayanya, tau2 saja la,siapa.

    BalasPadam
  2. Anda tidak pula menyebut sama ada anda menggunakan smartcard atau TnG. Bagi saya yang selalu menggunakan lorong Smart Tag, mengalami rekod baki yang tidak tepat, kerana baki yang tertera ialah baki bagi kad TnG kereta di hadapan saya. Jadi baki kad telah menjadi RM74.30 itu mungkin bukan baki kad TnG anda, tetapi baki kad kereta di hadapan anda. Ini terjadi kerana sesetengah sensor agak lewat memproses. Ini berlaku sekiranya anda terlalu cepat sentuh kad anda. Wallahu-a'lam.

    BalasPadam
  3. Aku dah confirm la beb itu baki aku. Beberapa hari selepas kejadian tu aku menggunakan kad tng tersebut memang bakinya tinggal RM74.30.
    Sebab tu aku berani buat cerita ni. Ingat main-main ka?

    BalasPadam
  4. asalamualikum...sebab tu la dekat lorong TnG dah diberi guide supaya jarakkn kenderaan 5 meter dari kereta hadapan. Ini kerana sesetengah sensor tidak sempat memproses data yang ada pada mesin TnG saudara.Sebab itulah peraturan dan guide yang diberi ada sebabnya dan perlu lah dipatuhi supaya tidak terjadi kes seperti saudara dan jika ini berlaku tentulah pihak lain pula disalahkan dan paling lucu tuduhan anakwatan tersebut...tanpa ada bukti yang jelas...hehehehe....jangan ikut emosi beb...

    BalasPadam
  5. Untuk pengetahuan Encik Hazam, jarak 5 meter itu untuk lorong Smartag sahaja.

    Aku gunakan lorong TnG bukannya lorong smartag. Masa aku lalu lorong TnG tu,takde pun kereta kat depan.

    Ni memang sah kesilapan sistem TnG tu.Nanti dah dapat cek tu aku post kat sini.

    BalasPadam
  6. salam sedara, saya dah kena dua kali beberapa tahun lepas. Satu dekat tol Juru dan satu lagi kat feeder bas (putraline - dulu-dulu le). Dia orang istilahkan 'jumping'. Saya komplain kat diaorang, dpt refund, tapi punyalah lambat. berbulan-bulan baru dapat cek.

    BalasPadam
  7. pegi la bawak mahkamah, pasal RM 18.60.
    bodoh. benda simple, settle cara baik sudah la.
    bahasa yang kau guna pun melambangkan diri kau sendiri.
    macam bangang.

    'penyangak'..'nekad bawak pi mahkamah beb'
    nampak sangat bahalol punya keturunan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...