Jumaat, Mac 19, 2010

Bila Sultan Batalkan Untuk Rasmi AGM Perkasa

KEPUTUSAN Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dijadulakan pada 27 Mac ini di PWTC adalah tepat. Menurut Setiausaha Sulit baginda Mohamad Munir Banir pembatalan itu bagi mengelak salah tanggap dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Katanya, mulanya Sultan berkenan untuk berangkat dan menyampaikan titah ucapan perasmian dengan mengambil kira Perkasa mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

Dalam titah ucapan itu juga kata Mohamad Munir baginda bercadang untuk menasihat Perkasa supaya tidak ekstrem. Mungkin Sultan Selangor menyedari tindak tanduk Perkasa ekstrem dalam memperjuangkan beberapa isu maka baginda bercadang untuk menegur Perkasa.

Bagaimana pun cadangan itu berubah. Pembatalan itu sedikit sebanyak menjejaskan Perkasa sebagai sebuah NGO. Presidenya khabar marah dengan pembatalan itu dan bercadang untuk mengambil tindakan (menyaman) sebuah akhbar. Kenapa?

Pembatalan itu mungkin baginda Sultan Shafaruddin atau penasihat baginda dapat merasai apa yang sedang dimainkan pertubuhan berkenaan. Mungkin juga yang Perkasa sebenarnya adalah alat kepada orang tertentu bagi mencapai agenda peribadi menyebabkan Sultan Shafaruddin membatalkan hasratnya itu untuk mengelakkan diri baginda dibabitkan dengan hal-hal yang tidak sewajarnya dan boleh mencemarkan nama baik baginda.

Sekiranya alasan baginda untuk merasmi Perkasa atas dasar Melayu, Islam dan menjaga hak kepentingan bumiputera lebih baik dan sesuai kalau baginda merasmikan persidangan agung Umno kerana Umno lebih Melayu, lebih Islam dan lebih bumiputera daripada Perkasa. Lagipun dari segi keahlian, ahli Umno lebih ramai berbanding dengan Perkasa.

Bukan itu saja, hampir 99.9 peratus mereka yang menyertai Perkasa adalah ahli Umno, bekas ahli dan termasuk juga mereka yang dipeccat ataupun yang sudah monopous dan tidak laku digadai lagi. Adalah memalukan untuk Sultan merasmikan sebuah NGO yang kualiti ahlinya boleh dipertikai atau kelas 'ayam raga'.

Sepatutnya kepimpinan Perkasa tidak tergamak untuk menjemput Sultan merasmikan pertubuhan itu kalau mereka menyedari akan keburukan ataupun moral sesetengah pemimpinnya.

Rasanya adalah baik dan lebih tepat serta lebih sesuai kalau Perkasa mengundang Dr Mahathir Mohamad untuk merasmi mesyuaratnya lagi pun sudah agak lama Mahathir tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Setidak-tidaknya kalau Mahathir dijemput dapat bekas PM itu mengeluarkan idea-idea dan kritikan terbaru beliau termasuklah mengenai ucapan cukup bernas oleh ahli parlimen bebas dari Bayan Baru di parlimen semalam. [wm.kl 6:30 pm 18/03/10]

msomelayu.blogspot.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...