Rabu, Mac 03, 2010

Fariz Di Bebaskan Dengan Jaminan Polis



KUALA TERENGGANU - Fariz Musa telah ditangkap dan ditahan polis kira-kira jam 11.15 pagi tadi telah dibebaskan dengan jaminan pada kira-kira jam 3.25 petang


Seorang pemilik rumah di Kampung Paya Bunga, Mohd Zamri Sulaiman yang turut di tahan ketika mempertahankan rumahnya dari dirobohkan pihak berkuasa, turut dibebaskan.


Kedua-dua mereka dituduh dibawah Seksyen 186, menghalang tugas penjawat awam ketika operasi meroboh rumah penduduk berkenaan.


Sebelum itu, dalam kenyataan medianya menjelaskan semua penduduk terbabit sedia berpindah tetapi menghadapai masalah penempatan.


Katanya, penduduk yang terlibat dengan mengambilan balik tanah tersebut merupakan di kalangan orang miskin dan dhaif.


”Mereka (penduduk) semua orang berpendapatan rendah, miskin dan dhaif. Dan ada yang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) dan bantuan zakat Maidam,” jelasnya.


Menurutnya, kenapa pampasan tidak diberikan kepada penduduk yang telah lama mendiami tanah tersebut sebelum merdeka.


”Mereka (penduduk) mendiami di atas tanah itu sejak sebelum merdeka lagi. Mereka bayar cukai pintu tetapi kenapa tidak dibayar pampasan kepada tuan rumah termasuk mereka yang terlibat dengan perpindahan,” ujarnya.


Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat menyifatkan pemimpin utama kerajaan negeri bertindak zalim terhadap rakyat.


Ini kerana, memorandum tentang masalah penduduk telah diajukan kepada Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said minggu lalu.


”Saya minta pihak kerajaan negeri jangan bertindak zalim sebab kita telah hantar memorandum ke pejabat Menteri Besar minggu lepas dan kita minta tangguh dahulu selesaikan masalah rakyat.


”Selesaikan pampasan dan masalah tempat tinggal mereka (penduduk).

Kenapa begitu zalim Menteri Besar Terengganu dengan mengambil sikap berdiam diri,” jelasnya.


Sehubungan itu, kata beliau bersedia dikenakan apa juga tindakan demi menuntut hak dan keadilan kepada rakyat.


Sejumlah 12 buah rumah setinggan yang menjadi penghuni tanah kerajaan di Kampung Paya Bunga berstatus Lesen Menduduki Sementara (LMS).


Penduduk mendakwa penempatan tersebut merupakan perkampungan lama yang terlibat dengan pengambilan balik tanah bagi tujuan membina tempat parkir kereta bertingkat.


Ibaratkan, ’Kera di hutan disusukan, Anak di rumah mati kelaparan’ kata pepatah Melayu yang membawa erti berlaku kepincangan serta ketidakadilan dalam masyarakat


Sebanyak tiga buah jentolak serta beberapa buah lori Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), kakitangan Jabatan Tanah dan Galian (PTG), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan puluhan anggota pasukan keselamatan polis menjayakan operasi meroboh rumah-rumah penduduk berkenaan.

buletinonline




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...