Isnin, Mac 29, 2010

Katak,Katak Puru dan Kotak



Katak,katak puru dan kotak,itu antara ramuan herba terbaru yang akan digunakan Umngok Beerend dalam sebulan dua ni sempena kempen prk Hulu Selangor.Ramuan turun temurun Umngok Beerend dalam memPERKASAkan tenaga batin mereka yang semakin lemah.

Sekali imbas,katak dan katak puru tiada bezanya kerana mereka adalah dari golongan amfibia yang sama keturunan genetiknya.Perangai pun lebih kurang sama saja.Tabiat suka menyanyi dengan suara sumbang memanggil hujan memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa saja.Namun katak puru lebih PERKASA dari katak biasa. Rupanya sahaja sudah cukup membuatkan kita merasa gerun dan geli-geleman.Atas alasan itu juga makhluk dua alam ini dinobatkan sebagai bahan utama resepi Umngok Beerend kali ini.Makhluk ini juga sering dijadikan penghias muka depan akhbar-akhbar meloya masa kini.

Tidak cukup dengan katak dan katak puru,kini muncul pula kotak dari tempat persembunyiannya.Kotak bukan sebarang kotak.Ini raja segala kotak yang ada di mukabumi ini.Raja kotak ini hanya muncul apabila pilihanraya kecil akan diadakan. Kalau di dalam hukum matematik,ianya boleh dikatakan berkadar terus dengan pilihanraya.Asal ada pilihanraya dia akan mula bersuara.Jika tiada pilihanraya kotak ini akan menyepi di gudangnya.Umngok Beerend sering mengadunkan ramuan kotak ini dalam beberapa siri pilihanraya lalu,walaupun ia sekadar ramuan yang kurang zatnya.

Selama ini kuasa kuda Umngok Beerend diperolehi dengan memperkudakan jentera kerajaan serta media pembodek utama negara.Dengan adanya ramuan terbaru itu,Umngok Beerend dikatakan mempunyai bahan yang mencukupi bagi merampas kembali kerusi Hulu Selangor. Rakyat akan dijamu dengan ramuan terbaru ini.Terbukakah selera rakyat Hulu Selangor dengan ramuan terbaru ini?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...