PETALING JAYA, 5 Mac (Bernama) -- Seorang kelindan lori dan isterinya ditahan reman selama seminggu mulai Jumaat berhubung siasatan kes penderaan dan kematian seorang bayi 18 bulan di Kayu Ara, Damansara, dua hari lepas.
Pasangan itu menunduk kepala ketika dibawa ke Mahkamah Majistret oleh polis untuk perintah reman itu yang dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad.
Ahli keluarga mereka dilihat berada di perkarangan mahkamah sejak 10 pagi.
Lelaki itu yang berusia 33 dan isterinya, 23, yang merupakan jiran keluarga bayi itu, dibawa ke mahkamah dari Balai Polis Petaling Jaya pada 11.30 pagi dengan diiringi beberapa pegawai polis.
Dalam kejadian itu, antara 10 dan 12 tengah malam di Pangsapuri Seri Ara, Damansara, K. Haresvarren meninggal dunia dipercayai akibat dipijak.
Ini adalah kejadian kedua kematian kanak-kanak akibat didera dalam tempoh seminggu, selepas Syafiah Humairah Sahari, 3, meninggal dunia juga dipercayai didera di Hulu Yam Lama di Selangor.
-- BERNAMA
heret ibu syafiah sekali...jangan disebabkan syahrizat beri perlindungan dia lepas begitu je.. kerana kesundalan dia perkara tu berlaku.betina jalang...
BalasPadam