Jumaat, Mac 26, 2010

LAKONAN SONGSANG ZULKIFLI DI PARLIMEN

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

FENOMENA politik hari ini semakin melucukan dengan pengakuan terbaru 'dramatis' Zulkifli Nordin yang mendakwa kononnya telah melakukan suatu dosa dengan bersubahat akan sesuatu perkara yang melibatkan Perdana Menteri dan isterinya.


Sebagai seorang peguam yang arif dengan sistem perundangan, mengapa di kala ‘orang tertentu’ itu mengarahkan beliau membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya, beliau hanya berdiam diri? 'Si bodoh sahaja tidak tahu bahawa ayam itu sememangnya tak tahu berenang'.

Mengapa jika dirasakan perkara itu tidak benar, beliau tidak bersuara atau bertindak keluar dari kepompong PKR dan membebaskan dirinya dari talian persubahatan SEKIRANYA perkara itu benar-benar terjadi bahawa dirinya akan dijadikan kuda tunggangan?

Kenapa beliau tidak terus membuat laporan polis sekiranya benar ada konspirasi untuk mengaibkan Perdana Menteri dan isterinya pada ketika itu? Mengapa setelah dipecat dari PKR, barulah beliau ringan mulut untuk bercerita? Atau cerita kartun dirinya itu beliau reka sahaja untuk cover-up malu kerana dipecat oleh PKR dengan cara yang paling 'cincai'?

Persoalan-persoalan ini berlegar-legar di minda kita apabila mendengar dan melihat sandiwara semasa yang dilakonkan oleh Zulkifli di Parlimen kelmarin. Timbul wasangka di hati, apakah beliau bertindak sebegini kerana ‘longgokan imbuhan’ yang bakal di nikmatinya? Atau sekadar mencari publisiti jalanan atau penagih politik murahan yang mendambakan perhatian dan simpati dari UMNO/BN dan sekaligus mengharapkan adanya ‘tawaran istimewa’ dari UMNO/BN?

Berlagak semacam hero Tamil, Zahrain dengan gahnya menunjukkan belangnya dengan mendedahkan kelapan-lapan nama ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat kepada PKR untuk Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Malaysia.

Jika di fikir secara logik, bolehkah dengan penghijrahan 8 orang ahli Parlimen BN itu dapat terbentuk sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat? Ia tidak mungkin kerana belum cukup korum untuk menubuhkan sebuah Kerajaan.

Pakatan Rakyat memerlukan 30 orang ahli Parlimen lagi barulah boleh membentuk Kerajaan. Jadi mengapa Zahrain tidak mendedahkan lagi nama 22 orang ahli Parlimen yang lain? Perlu diingatkan kepada Zahrain, kalau nak berbohong sekalipun, biarlah ianya nampak neutral dan tidak kelihatan jelas membohong dalam berbohong.

Jika 22 orang Ahli Parlimen yang 'tidak setia' itu masih tidak terurai nama-nama mereka dan mereka masih lagi berada di dalam sudah tentu Barisan Nasional menghadapi satu penyakit kanser yang susah terubat.

Orang kedai kopi pun tahu siapa mereka? Cuma para pemimpin BN sahaja yang 'palui' (bangang) tidak tahu siapa mereka. Zahrain sendiri pun tahu. Sebab Zahrain tidak dedahkan semuanya kerana Zahrain sudah dapat ‘angpau’ daripada 22 orang Ahli Parlimen yang lain itu. Mereka kini sedang tersenyum melihat 8 orang Ahli Parlimen BN yang terdedah nama-nama mereka yang tidak mungkin berpeluang jadi YB lagi di PRU13 nanti.

Janganlah kerana sakit hati dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang tidak mahu menurut kemahuannya, maka beliau bertindak sebagai HANG SIAL yang sial sudah melepas 95% janji yang belum ditunai oleh BN. Hilang etika profesionalisme yang kelihatan hanyalah etika kedunguan yang kenampakan.

Kepada dua yang bakal dinobatkan sebagai ‘Pelakon Lelaki Handalan’ Negara ini, cukup-cukuplah mengadu-domba ini, ianya tidak akan ke mana, sebaliknya hanya lebih mengundang simpati dari rakyat kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Apa pun tahniahlah di atas keberanian anda berdua memperlihatkan lagak ‘mental disorder’ anda berdua. Lagak ngeri anda cukup menghiburkan pengundi kamu semua.

sabahkini.net





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...