Khamis, Mac 04, 2010

Malaysia sekadar seri dengan Albirex Niigata FC

Pasukan Kebangsaan Seri Dalam Perlawanan Persahabatan Di Singapura

SINGAPURA, 3 Mac (Bernama) -- Perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan Malaysia dengan Albirex Niigata FC di Stadium Jurong East di sini hari ini menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun jurulatih pasukan K.Rajagobal melihat keputusan itu sebagai satu keputusan yang 'cukup baik', malah beranggapan bahawa pasukan negara sepatutnya menang dalam perlawanan itu.

"Pemain kelihatan mensia-siakan beberapa peluang, mereka seharusnya menang sekiranya mereka dapat bekerja lebih keras terutama pada saat-saat akhir perlawanan. Tapi tak apalah, saya hendak lihat perlawanan ini dari aspek yang positif," katanya

Albirex Niigata yang menduduki tempat ke-tujuh dalam Liga-S musim lepas daripada 10 pasukan, nampak lebih garang sejak awal perlawanan, dan kehebatan ketua pasukan Norhafiz Zamani di bahagian pertahanan banyak membantu pasukan negara.

Di bahagian serangan, pemain kembar Zaquan dan Aidil Razak, dikawal dengan ketat oleh pasukan dari Jepun itu, dan mereka hanya kelihatan lebih bebas di akhir perlawanan, namun ia sudah terlambat bagi mereka untuk membuat jaringan.

"Ia perlawanan yang baik, kami memang perlukan perlawanan persahabatan untuk pastikan pemain berada di tahap yang baik. Mereka akan kembali ke kem latihan pada 22 Mac ini dan lima hari kemudian kami akan ke Bangkok untuk perlawanan dengan pasukan kebangsaan Thailand. Ia medan ujian yang penting bagi kami," kata Rajagobal.

-- BERNAMA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...