Jumaat, Mac 05, 2010
MP PKR yang lompat parti ibarat ikan ternak
Razali Alias
Hangat orang memperkatakan tentang upacara melompat parti oleh ahli parlimen PKR sama ada sebagai MP bebas atau terus menyertai Umno.
Tiba-tiba penulis teringat kepada projek 'contract farming' ternakan ikan yang sedang penulis usahakan sekarang!
Penulis merasakan bahawa projek melompat parti ini adalah hasil kerja pimpinan Uumno yang didalangi oleh bekas pemimpin PKR sendiri, yang sentiasa berhubung dengan pemimpin Umno dulu, kini dan selamanya.
Penulis yakin bahawa sekarang ini adalah masanya bagi pemimpin Umno atau bekas pemimpin PKR menuai hasil ternakan mereka.
Maksudnya, bekas-bekas MP PKR (yang melompat keluar parti) ini telah diternak lama oleh tauke mereka dan selama ini diberi makan percuma sehingga sampai ke tahap 'matang'.
Adalah menjadi satu syarat wajib 'contract farming' bahawa hasil ternakan yang dibiayai sepenuhnya oleh tauke apabila sudah matang, akan 'dibeli balik' atau hasil ternakan itu 'mesti dijual' kepada pembiaya!
Oleh itu, tidak hairanlah apabila diberitakan yang mereka kembali kepada Umno atau melompat parti sebagai MP bebas!
Adalah diharapkan agar MP Pakatan Rakyat supaya elakkan diri daripada diternak, dibiayai dan dibeli balik (dijual) dengan harga yang murah!
Harga diri MP Pakatan Rakyat bukanlah sebegitu rendah bagaikan harga binatang ternakan.
Penulis adalah Setiausaha Perhubungan PKR Pahang.
malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...