Isnin, Mac 29, 2010

Pakatan Rakyat Hampir Ke Putrajaya


ALOR PONGSU 28 Mac - Rakyat Malaysia digesa bersabar berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat kerana kejayaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang adalah amat hampir.
Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustafa Kamil Ayub berkata rakyat telah memberi mesej jelas pada PRU ke-12 dua tahun lalu apabila memberi undi sebanyak 49.7 peratus Pakatan Rakyat.
"Saya ingin tegaskan perjalanan kita ke Putrajaya melalui siri Gempita ke seluruh negeri Perak sudah hampir. Saya seru supaya rakyat Perak dan Malaysia amnya supaya bersama kita dan bersabar sedikit. Memang ada sedikit halangan dan itu tidak kita nafikan tetapi yakinlah kemenangan amat hampir kepada kita. Kita mesti teruskan usaha gigih dan lipatkan gandakan langkah dan gerak kerja sepaya impian itu menjadi kenyataan, kata beliau alam ucapan ringkas di pelancaran Gempita Perak Ke Putrajaya oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Alor Pongsu, Perak semalam.
Berhubung tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meninggalkan KEADILAN untuk menjadi anggota Bebas, Mustafa berkata keputusan itu tiu melunturkan semangat dan daya juang ahli malah menguatkan lagi perpaduan dan keyakinan rakyat Bagan Serai terhadap parti.
Ini dibuktikan dengan kehadiran lebih 6,000 penyokong pada ceramah yang diadakan di Alor Pongsu malam tadi.
"Saya yakin penduduk Alor Pongsu dan rakyat Perak seluruhnya tahu ke mana hala tuju kita iaitu tidak lain tidak bukan ke Putrajaya. Kita sudah makin mara ke Putrajaya.
"Untuk makluman rakyat undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat pada PRU ke-12 dulu ialah 49.7 peratus, Umno-Barisan Nasional hanya dapat 50 peratus sahaja itupun disaat akhir, dakwat kekal dibatalkan perlaksanaannya dan pelbagai penipuan dilakukan. Dengan macam-macam fitnah terhadap kita, enam buah negeri kita tawan dan 82 kerusi Parlimen kita pegang. Ini yang menggentarkan Najib dan Rosmah.
"Kemaraan Pakatan Rakyat dan Anwar 'unstoppable' meninggalkan Mohsin yang sekarang ini bersama dengan umno-BN. KEADILAN bersama PAS dan DAP membina muafakat di negeri Perak, kita rapatkan saf perjuangan kita dan yakinlah bila-bila masa DUN Perak dibubarkan, kerajaan negeri Perak juga akan kita ambil alih semula dengan majoriti dan kerusi yang baik," kata Mustafa.

suara-keadilan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...