Khamis, Mac 04, 2010

Pelajar 15 tahun dirogol 15 lelaki

IPOH 2 Mac – Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, kelmarin.

Mimpi ngeri remaja berusia 15 tahun itu dari Felda Trolak Utara, bermula apabila dia dipaksa mengikut seorang lelaki ketika sedang bersiar-siar bersama rakan di kawasan kampung pada pukul 6.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa kemudian dibawa ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah sebelum dirogol oleh lelaki terbabit dan empat lagi rakannya yang sudah menunggu di situ.

“Selepas itu, suspek meminta seorang rakannya menghantar mangsa balik ke rumah tetapi rakannya itu membawa remaja itu ke sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah sebelum dia sekali lagi dirogol bergilir-gilir oleh lebih kurang 10 lelaki yang berada di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Roslan Bek, mangsa hanya dihantar pulang oleh salah seorang suspek ke sebuah perhentian bas semalam sebelum dihantar balik ke rumah oleh abang angkatnya.






1 ulasan:

  1. Gila punya lelaki nak besarkan lubang anak orang ....cuba kalu org kacau mak , akak , atau adik dia

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...