Jumaat, Mac 19, 2010
Rogol beramai-ramai: 4 anggota tentera direman 7 hari
Nafsu kucing..nafsu..nafsu...
KUCHING, 19 Mac — Empat anggota tentera direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar berusia 18 tahun di sebuah hotel murah, di sini, Ahad lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini di sini.
Keempat-empat lelaki berusia antara 20 dan 24 tahun itu disyaki merogol gadis dari Lundu berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah hotel murah di Padungan di sini.
Mangsa yang dipercayai mengenali salah seorang suspek hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian.
Kesemua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan rotan jika sabit kesalahan. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...