DULU MASA ANWAR CAKAP DEPA KATA ANWAR BERMIMPI...ANWAR PEMBOHONG....ANWAR AUTA....ANWAR INGIN ALIH PANDANGAN RAKYAT...
KAH! KAH! KAH! UMNGOK...UMNGOKKK...
KALAU IKUT KATA ZAHRAIN NI TERBUKTI ANWAR BUKAN PEMBOHONG...
KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya seramai 40 wakil rakyat Barisan Nasional yang mahu melompat menyertai Pakatan raklyat pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan beliau sebelum ini.
"Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN.
"Ahli Parlimen Kalabakan pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Saya juga tidak akan dedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang lain seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.
"Saya terkejut kerana Kalabakan membuat serangan peribadi dan tidak memberikan saya laluan untuk menjawab di dalam Dewan dan saya terpaksa menjawab melalui sidang media ini," kata Zahrain pada sidang media di luar Dewan petang tadi.
Sebelum itu Ghafur mendakwa Zahrain membuat pembohongan dan meminta beliau menamakan Ahli Parlimen yang disebut akan melompat pada 16 September 2008.
Dalam sidang media yang ditemani Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin, beliau enggan mendedahkan nama yang disebut akan meninggalkan Barisan Nasional walaupun dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.
suara-keadilan
Dedahlah lagi...bukan MP BN je yang panas punggung tapi juga Najib..rupanya ramai MP BN yang ada niat nak lompat..
BalasPadamsebelum ini mereka kata DSAI berbohong ada mp dari umno/bn akan lumpat kepada PR sekarang dah jelas memang ada yang akan melumpat oleh itu pemimpin umno merancang menjatuhkan DSAI dengan meaibkan DSAI secara bertali arus supaya rakyat rasa jijik dengan DSAI maka mereka akan bernafas lega dengan mimpi buruk yang akan menimpa mereka.
BalasPadam