Isnin, Mac 22, 2010

Seks bebas di Miri: Pas perhebat kempen anti zina dan arak

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Hari ini, kejadian-kejadian ngeri telah menyebabkan seolah-olah rakyat Malaysia sudah pun hilang nilai budi serta rasa berperikemanusiaan.

Malaysia seperti gelanggang maut yang menyaksikan tragedi demi tragedi yang kejam dan sadis. Bunuh, perkosa, ragut, rompak, samun, dera, buli, khianat, seksa, bunuh diri, ugut, pukul, langgar lari, culik dan 1001 jenayah akan terus mewarnai pertumbuhan tamaddun negara tercinta ini .

Bahkan percaya atau tidak, bagaimana tiada sehari pun akhbar utama dalam negara kita diterbitkan tanpa melaporkan tragedi-tragedi tersebut .

Ertinya jenayah-jenayah ini berlaku setiap hari berterusan dalam negara kita dan semakin hari semakin kejam, semakin hari semakin bertambah kes jenayah.

Laporan The Star hari ini (18 Mac 2010) amat mengejutkan apabila kebanyakan pusat urut sekitar Miri didapati menjalankan kegiatan tidak bermoral malahan merupakan tempat penyebaran AIDS dan HIV.

Peningkatan rumah urut disekitar bandaraya Miri amatlah dikesali dan PAS Miri mendesak pihak berkuasa malahan Menteri segera bertindak bagi mencegah situasi tidak bermoral ini.

Laporan kali kedua oleh wartawan The Star ini mengulang isu dari tahun 2008; yang jelas amat mengecewakan oleh maklumbalas menteri kerajaan negeri Sarawak Datuk Michael Manyin Jawong.

Menteri BN seakan-akan hilang taring dalam menggerakkan pihak polis dan berkuasa lain dalam menghapuskan aktiviti tidak bermoral ini.

Namun, pada masa yang sama, semua program Pakatan Rakyat disekat biar pun permohonan permit telah dilakukan mengikut lunas yang dibenarkan.

Lebih memburukkan lagi, laporan berita TV3 kini menyiarkan laporan berhubung amalan seks secara terbuka dilakukan di sekitar banda Kuching yang amat menjijikkan.

Di manakah nilai dan maruah masyarakat kini?

Perkara sebeginilah yang menyumbang pada gejala sosial seperti rogol dan buang bayi.

Melihat kepada situasi ini, sesungguhnya gejala zina dan maksiat ini adalah wabak serius yang harus dibendung.

Kini, pelaku tanpa segan silu berzina seolah-olah mereka tidak takut kepada azab Allah.

Surah al-Israk, ayat 32 bermaksud:

Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan jalan yang buruk.

Sekali lagi, dalam nada yang lebih tegas Pas Miri mahu semua kegiatan tidak bermoral ini dihapuskan dan Miri seharusnya dikenali sebagai bandar yang mempunyai masyarakat yang meletakkan lunas agama dan moral yang tinggi; bukan pusat maksiat, yang pastinya akan Allah timpakan dengan bala dan pelbagai kerosakan seperti Aids, Hiv, jerebu dan tanah runtuh.

Di peringkat Pas, program kempen anti zina, arak dan pergaulan bebas akan diperhebatkan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral ini dihapuskan.

erapakatan





1 ulasan:

  1. Tanpa Nama22/3/10 9:39 PG

    Mari bersama2 kita bina masyarakat yg menghormati orang perempuan dan tidak menjadikan mereka sebagai alat pemuas nafsu seks lelaki...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...