Pulau Pinang Teruskan Pilihanraya Tempatan
Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR : Kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pendirian untuk mengadakan Piliharaya Kerajaan Tempatan biarpun Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menolak permohonan kerajaan negeri itu.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak terkejut dengan keengganan SPR dan berkata kerajaan negeri akan membawa keputusan suruhanjaya itu ke mesyuarat Exco esok untuk tindakan lanjut.
“Kita tetap dengan pendirian mahu teruskan (pilihanraya kerajaan tempatan), dan ia akan dibawa dalam mesyuarat Exco untuk membincangkan perkara yang perlu dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan SPR menolak permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya itu.
Malah SPR turut menolak permohonan Selangor untuk mengadakan pilihanraya berkenaan.
Guan Eng berkata, pihaknya juga akan meneliti surat alasan setebal 10 muka surat dari SPR.
"Kerana Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 masih wujud tidak dimansuhkan, oleh itu SPR perlu menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan
“Kini SPR mengambil ketetapan akta ini sudah tidak digunapakai. Pilihanraya ini perlu dikembalikan, demokrasi kerajaan tempatan juga perlu dikembalikan, biar kerajaan tempatan yang dilantik rakyat berkhidmat untuk mereka,”katanya.
Dalam pada itu, Guan Eng turut meyifatkann tindakan SPR mengikut telunujuk Perdana Menteri, Najib Razak, yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan pilihanraya tempatan.
“Sepatutnya, SPR bertindak sebagai sebuah badan bebas dan bukan buat keputusan mengikut kehendak PM,”katanya.
Malah apa yang lebih dikesalkan SPR membuat keputusan tanpa berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang walaupun sebelum ini Guan Eng secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk bertemu suruhanjaya itu berhubung isu ini.
“Kita kesal SPR tidak berbincang seperti yang diminta sebaliknya menentang," katanya.
erapakatan
ni betul-betul punya bengap da. Pengerusi SPR betul-betul nyanyok. Pilihanraya tempatan tak da peruntukan tapi pilihan raya sekolah ada pulak. ketemberangan makin terserlah. terserlah kebodohan. andai kata kerajaan berubah harap betulkan keadaan ini. zaman sekarang jebat jadi wira ..berjuang atas kebenaran.
BalasPadamSPR-Suruhanjaya Penipu Rakyat.
BalasPadam