Selasa, Mac 23, 2010

Umno juara report polis



Umno sekali lagi membuktikan slogan juara mereka. Kali ini macam biasa mereka akan membuat roadshow report polis seluruh negara.Berpuluh kali depa ni melakonkan skrip yang sama.Untuk rekod,tahun lepas juga mereka telah dinobatkan sebagai juara report polis.

Kononnya merekalah juara,setakat semalam sahaja program juara report polis telah melanda beberapa negeri.

Report polis itu telah dibuat Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Selangor, Kelantan dan Johor bagi meminta polis menyiasat pendedahan Zahrain di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Menurut Berita Harian,Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar, ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, berkata pihaknya memandang serius pendedahan Zahrain itu kerana ia membabitkan kepentingan awam dan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, pendedahan yang mendakwa Anwar mengaitkan Yang di-Pertuan Agong kononnya merestui beliau sebagai Perdana Menteri keenam, bukan saja mengheret Baginda ke kancah politik, malah ia berbaur hasutan terhadap institusi Raja.

Apabila tuduhan dilemparkan kepada pakatan,laju je depa ni pi buat report polis.Pasai apa bila puak pakatan buat pendedahan dan tuduhan tentang kes Altantuya kat parlimen,umno menikus? Satu laporan polis pun tak berani nak buat?


Pemuda UMNO Pahang buat laporan polis

22/03/2010 3:23pm

KUANTAN 22 Mac - Selepas Pergerakan Pemuda UMNO di tiga negeri membuat laporan polis berikutan pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Pemuda UMNO Pahang turut tampil berbuat demikian hari ini.

Pemuda UMNO Pahang diketuai Penolong Setiausaha pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Hadir sama mengiringi beliau membuat laporan itu ialah Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Sahfrie Abd. Aziz. - Utusan meloya





2 ulasan:

  1. Aikkk!... 'UMNO juara repot polis' adakah ini slogan baru parti NAJIB????

    BalasPadam
  2. Muka-muka orang UMNO ni tertama yg pegang report polis mcm muka banggang bin bahalol dan yg lain-lain muka mcm orang-orang bodoh lagi sombong.

    Pergi jahanam kamu semua..yg atas makan isi, hampa dapat apa? dipergunakan..sungguh bodoh punya kaum ini.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...