Isnin, Mac 15, 2010
“Zulkifli, bila nak berdebat dengan saya?” - Khalid Samad
Oleh Mohd Ali Bakri
KUALA LUMPUR: "Tindakan Zulkifli Nordin (membuat laporan polis) ini selaras dengan langkah NGO-NGO Umno jelmaan ini," kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.
"Saya tunggu Zulkifli sedia tempat dan masa untuk bertemu dan berdebat. Kita lihatlah siapa yang badut, budak hingusan dan siapa sebenarnya ahli politik yang cuba nak dapatkan publisiti," katanya dalam sidang media ketika mendedahan berhubung kedudukan 63 buah NGO yang ditubuhkan khas oleh Umno untuk membuat laporan polis ke atas beliau berhubung penggunaan nama Allah.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, Zulkifli Nordin telah menggunakan bahasa kesat seperti 'Firaun kecil, badut, budak-budak hingusan dan semua ini telah mencerminkan keperibadian ahli parlimen Kulim Bandar Bharu itu.
"Dan ini menunjukkan sejauhmana dia memperjuangkan Islam kononnya. Seolah-olah, dia seorang sahaja yang perjuangkan Islam. Saya tidak mahu mengulas panjang hal ini, biarlah masyarakat sendiri yang menilai kenyataan dan tindak-tanduk beliau.
"Saya berpendapat, kalau kita nak tegur parti sendiri bolehlah, tapi jangan tegur antara parti-parti dalam PR sebab nak jaga hubungan antara parti-parti komponen dalam PR.
63 NGO Umno tiba-tiba muncul
"Tapi apabila dia (Zulkifli) sudah membuat laporan polis ini, hakikatnya, tindakan beliau bersesuaian dengan Umno dan NGO-NGO Umno. Ada 63 NGO Umno yang ditubuhkan atas arahan pimpinan Umno, mereka ini tidak pernah wujud dahulunya, tiba-tiba sudah muncul dan membuat laporan polis terhadap diri saya," tambah beliau lagi.
Yang anehnya, tambah Khalid, kenapa laporan polis oleh Zulkifli itu hanya dibuat ke atas diri beliau, walhal yang membuat pendirian yang sama juga termasuklah Presiden Pas dan PKR yang turut menyifatkan hukum penggunaan nama Allah itu adalah harus oleh penganut agama lain.
"Jadi, seolah-olahnya saya seorang sahaja yang berpendirian begitu sebelum ini," tambahnya.
Sambil menyebut beberapa nama pertubuhan NGO yang dikelolakan Umno sebelum ini, Khalid mendedahkan bahawa senarai 63 NGO Umno itu beliau perolehi daripada kalangan orang-orang Umno sendiri.
"Ada Persatuan Belia Seksyen 8, Persatuan Belia Nilam Sari, Persatuan Belia Seri Mawar sampai Persatuan Platinum Seksyen 7. Saya dapat daripada orang Umno, mereka memang arahkan pemuda Umno tubuhkan NGO untuk disalurkan bajet daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada persatuan-persatuan ini.
"Saya dapat senarai 63 NGO Umno ini pada hujung 2009 dan ini suara-suara Umno sekarang. Jadi, kalau tiba-tiba ada desakan NGO bantah kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, kalau tiba-tiba ada kenyataan minta Jais ambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, ini semua kerja-kerja puak Umno, tidak payah nak berpura-puralah," kata beliau lagi.
Dalam sidang media yang sama, Khalid mendedahkan bahawa senarai NGO Umno itu beliau dapati daripada pejabat Umno di bahagian Shah Alam.
erapakatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...