11.25 pagi: SPR mengumumkan 4 orang calon layak bertanding. Datuk Zaid Ibrahim (PKR), P.Kamalanathan (BN), dan dua orang calon bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.
11.00 pagi: Nor Hisham Ahmad Dahalan, Pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya Kecil P.094 mengumumkan tempoh bantahan ditutup.
10.00 pagi: SPR mengumumkan tempoh penyerahan borang penamaan calon telah tamat dan kini dibuka untuk tempoh bantahan sehingga jam 11 pagi.
Dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah, masing-masing peniaga turut menyerahkan borang pencalonan selain Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan P Kamalanathan (BN).
Anuraadha a/p Jeyasingam pula mendakwa dihalang polis hampir 1 jam di luar kawasan penamaan calon sehingga mengakibatkan beliau terlewat menghantar borang selepas jam 10 pagi.
Ujarnya, MIC tidak ada hak menghalang beliau menawarkan diri sebagai calon Bebas walaupun merupakan penyumbang utama dana kepada MIC.
Tambahnya lagi, beliau menjadi calon atas kemahuannya, bukan ditaja oleh mana-mana pihak.
9.42 pagi: Di bawah khemah Pakatan: Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat mengambil peluang saling bertanya khabar sementara menunggu calon masing-masing selesai menyerahkan borang pencalonan.
9.40 pagi: Difahamkan dua calon bebas menghantar borang pencalonan, seorang Melayu dan seorang India.
8.55 pagi: Calon diiringi Datuk Seri Anwar, Timbalan Presiden PAS dan Menteri Besar Selangor masuk ke dewan.
Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pegawai Pengurus Pilihanraya P.094 mengumumkan buka penyerahan borang penamaan dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.
Datuk Zaid Ibrahim masuk ke dewan pencalonan jam 9 pagi sejurus dewan diumum buka oleh SPR.
Manakala Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub di dewan pencalonan membuat bantahan tentang beberapa kain rentang mewakili Umno BN di kawasan larangan yang ditetapkan oleh SPR.
8.44 pagi: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan MP Padang Serai Gobalakrishnan kelihatan terkandas di pintu masuk kawasan penamaan calon.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir.
8.35 pagi: Perarakan kini sampai ke sekatan pihak polis lebih kurang 50 meter dari tempat penamaan.
Penyokong Pakatan Rakyat dianggarkan lebih 10 ribu.
Penyokong Pakatan kini berkumpul di hadapan sekatan polis. Mereka melaungkan "Hancur Umno", "Altantuya Mongolia".
8.31 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan
8.23 pagi: Mengetuai lebih 150 orang asli dari Kampung Penderas, Temerloh, Pahang, Tok Reng bin Kasim antara kelompok yang menarik perhatian khalayak dalam perarakan Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, kedatangan mereka sebagai tanda protes pada kerajaan kerana merampas tanah adat Orang Asli di Pahang.
8.14 pagi: Datuk seri Anwar baru tiba bersama Menteri Besar Selangor
Dijangkakan lebih 7ribu penyokong Pakatan Rakyat, termasuk 3,500 jentera berdaftar dari PAS, PKR dan DAP.
Menunggu perbarisan teratur, seorang pimpinan Pemuda PAS memimpin bacaan doa wahdah, isyarat menentang kerjasama Kerajaan Pusat dengan Firma Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide yang pro Zionis Israel.
8.13 pagi: Penyokong sedang menunggu ketibaan calon pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
7.54 pagi: Penyokong Pakatan akan mulakan perarakan
Bertempat di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.
Menurut Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves, perarakan dijangka bermula sekitar jam 8 pagi.
Di perbarisan hadapan, kelihatan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naibnya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan banyak lagi pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.
7.44 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat akan mula berarak ke stesen bas Kuala Kubu ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru
7.38pagi: Penyokong Pakatan Rakyat mula memenuhi tempat berkumpul yang dikhaskan pihak keselamatan, kira-kira 50 meter dari tempat penamaan calon.
BERTEMPAT di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.
Menurut Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves, perarakan dijangka bermula sekitar jam 8 pagi.
Di perbarisan hadapan, kelihatan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naibnya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan banyak lagi pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.
harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...