Rabu, April 21, 2010

ISU ARAK - KITA SERAH KAT DAP JE LAH CABAR UMNO

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak
Apr 20, 10


Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi./Malaysiakini

armomech






4 ulasan:

  1. Langkah mayat saya dulu sebelum nak istihar negara Islam .. kata2 ini dituju kepada hamPAS.

    Bila tok guru dengan jer mcm ni .. abis semua terkencing2... takut ya Rabbi .. mana pi teloq hamPAS.

    BalasPadam
  2. 12.08 - takda standard- toksah layan mangkuk yang tak gheti2 nak paham...

    BalasPadam
  3. "Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim

    orang cina lagi pandai berpolitik.. tak macam UMCO yg mintak nasihat dan didikan dari APCO.. suka serang peribadi orang.. bayar 77juta.. ni la hasilnya... serang peribadi orang.. bacul!

    BalasPadam
  4. alamak malu nyaaaaaaa.... org cina cabar melayu... lepas tuh melayu2 tuh semua senyapppp... kecut buah!!! Harap2 lepas nih semua melayu tuh bersumpah tak pernah minum arak, tak pernah rasuah, etc. willahi....

    pas tuh ramai2 kita gelakkan.... LOL

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...