Jumaat, April 02, 2010

Jenazah Din Beramboi Selamat Dikebumikan


Isteri Allahyarham Din Beramboi, Suhaini Che Man (dua kanan) menabur bunga di atas pusara Allahyarham suaminya selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini, hari ini. Turut sama ialah ketiga-tiga anak Allahyarham, Nil Aina Adibah, 18 (belakang kanan), Nil Ain Syuhada, 6, (tiga kanan) dan Mior Shafiq,12 (tiga kiri). Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, meningggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang 12.30 pagi tadi setelah tiga hari dimasukkan ke hospital itu kerana demam denggi berdarah. - Foto BERNAMA

Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.

Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle dan Zul Yahya.

Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang kelmarin.

mstaronline




1 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/4/10 6:43 PTG

    Al FATIHAH ! Semoga ALLAH mencucuri roh arwah !

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...