Ahad, April 25, 2010

KEMPEN DAH TAMAT : Laporan Sebenar dari 2 pusat perhimpunan PR & BN

penyokong PR di Stadium Mini KKB

BN dan PKR Sudah Menamatkan Kempen Masing-Masing

KEMPEN rasmi dan tempoh yang dibernar untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor sudah pun tamat kira-kira dua jam lalu. Kedua pihak telah memerahkan keringat dan idea sehabis-habisannya malam ini. Dua himpunan besar yang menjadi penamat kepada kempen diadakan kedua-dua belah pihak.

BN mengadakan himpunan 1 Malaysia di perkarangan flat Taman Bunga Raya di Bukit Sentosa. Himpunan ini menampilkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak, Muhyiddin Yassin. Semua pemimpin BN berhimpun di program penamat ini.

Untuk menyaksikan sendiri kehebatan himpunan 1 Malaysia ini saya memasuki ke taman berkenaan. Kebetulan waktu saya masuk MC membuat pengumuman kedatangan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Terdengar tepukan tetapi tidak begitu bergemuruh sangat.

Sekejap kemudian berderau motisikal yang membawa bendera dacing berwarna biru gelap. Hampir semua pemandunya terdiri dari anak-anak muda remaja. Mereka mengiringi kedatangan Najib. Suasana seperti biasa tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Apa yang bising ialah bunyi motor pengiring Perdana Menteri yang saya percaya dari kumpulan mat rempit.

Jumlah yang datang tidak dapat di pasti. Pentas di adakan di laman flat berkenaan, bukan di atas tanah lapang ataupun stadium. Jumlah mereka yang hadir kurang dari 3,000 orang. Mustahil dalam ruang seluas itu ia dapat memuatkan orang berjumlah 10,000. Mungkin ini kerana flat berkenaan terkenal dengan kubu kuat Pas sejak lama sebelum ini.

Selepas berputar di taman berkenaan saya keluar dari Bukit Sentosa menuju ke Rasa. Dari bandar Rasa menghala ke Kuala Kubu Baru. Di Kuala Kubu Baru bertempat di stadium mini berlangsung himpunan Pakatan Rakyat sebagai menamatkan majlis kempen mereka di situ.

Himpunan di stadium itu akan menampil Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz dijangka akan memberi amanat dan pesanan terakhir kepada orang ramai khasnya pengundi.

Dalam perjalanan ke KKB telah ada inform mengatakan keadaan jalan ke KKB sudah sesak. Kira-kira 10 km sebelum masuk ke bandar KKB , jalan jalan sudah jam. Masa lebih satu jam diambil untuk sampai ke simpang memasuki KKB. Kereta terpaksa diparking di luar dan orang ramai terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer ke stadium.

Katanya sejak jam 8:00 malam lagi kesesakan berlaku di bandar KKB. Orang ramai semua tertumpu ke situ untuk mengikut himpunan terakhir itu.

Himpunan tadi melibatkan semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Selain Nik Aziz turut hadir antaranya, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dikhabarkan turut berada sama. Anwar sendiri terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk masuk ke stadium kerana kesesakan di bandar KKB.

Alhamdulilah selepas keduanya menamatkan kempen tidak ada kejadian buruk dilaporkan dan dalam pengetahuan saya. Suasana malam ini tenang. Cuma di jalan-jalan tertentu kedengaran ngauman suara motosikal pembawa bendera biru pekat yang membingitkan telinga.

Sementara itu setelah kempen kedua pihak tamat, berbagai rumus dan telah dibuat mengenai siapakah yang akan menang besok. Berbagai rumusan dibuat dan ada yang bersifat psywar untuk melemahkan semangat antara satu sama lain.

Penilaian berbagai itu menyebabkan orang ramai jadi bingung dan menyakitkan kepala. Saya tidak mempercayai kepada apa yang diramal dan dianalisis baik oleh badan rasmi ataupun tidak. Pada saya semua ramalan itu hanya ramalan saja yang mungkin tepat atau meleset.

Esok saya akan mengemukakan ulasan dan analisa saya sendiri berdasarkan pengalaman dan apa yang dilihat, didengar dan dirasa. Tunggulah saya akan membuka pintu firasat saya esok mengenai keputusan pilihan raya Hulu Selangor. [wm.kl. 2:00 am 25/04/10]



kedahlanie


Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...