Jumaat, April 23, 2010

Najib di Hulu Selangor, rahsia penuh poket bila mahu dedah?



Sekembalinya dari lawatan ke luar negara Pengerusi BN yang juga PM 1Malaysia terus turun berkempen di Hulu Selangor. Saya sempat menyaksikan beberapa petikan dari ucapan najib yang disiarkan dalam Berita Pagi di TV 3.

Antara yang tergelak besar bila Najib dengan ucapan bersemangatnya mendakwa ada pihak semasa lawatannya yang bertanyakan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) yang didakwa oleh pemberita dalam bacaan beritanya "barat berminat dengan MEB".

Selain itu dia mendakwa rahsia yang disifatkan ada semua dalam poket yang dia dapat dengan Zaharin dan Zul Nordin yang ikut rombongan bersamanya di US. Saya tidak pasti apakah rahsia yang dimaksudkaannya, dengan katanya biarlah dia sahaja tahu dan orang berkenaan tahu dan Allah yang tahu.

Bagi saya kalau ianya penting sangat, baiklah Najib umumkan rahsia-rahsia itu supaya boleh menjadi bahan penting dan penyebab untuk memenangkan calon BN Kamalanathan. nanti menyesal kalau sudah kalah baru hendak dedahkan.

Namun saya juga yakin Najib juga menyedari banyak rahsianya ada dalam poket pimpinan Pakatan Rakyat. Juga Allah maha mengetahui apa yang kita semua lakukan. kalau secara jujur Najib bercakap tahu rahsia orang lain, apalagi kejujuran sangat dituntut untuk menyedari apa yang pernah kita lakukan dalam hidup ini.

Setiap insan tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa, cuma yang penting adakah kita telah insaf dari ketelanjuran itu seperti yang sanggup dilakukan oleh calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim. Tindakan menyerang peribadi masa lampau beliau menyerlahkan kejujuran beliau dengan mengakui kesilapan itu dan mengatakan dia telah memohon ampun kepada Allah SWT.

Kita tunggu kalau Najib akan bercakap apa yang ada dalam poket nya sebelum pengundian pada 25 April ini. Atau poketnya akan tembus sendiri kerana tersimpan bnayak sangat rahsia peribadi yang selama ini kita tunggu untuk sama-sama bercakap kalau ianya perlu kita cakapkan di Hulu Selangor.

Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.
http://idhamlim.blogspot.com
harakahdaily






1 ulasan:

  1. pakngah santan23/4/10 4:33 PTG

    tunggu last minute la samdol. baru anwar tak boleh kelentong nak defend diri. berkempen sampai sabtu. idham lim pun samdol. kesian, nik aziz respect uztaz nga lebih dari dia. sebab tu kena tonjolkan diri walaupun nampak bodoh.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...