Selasa, April 27, 2010
Peguam Mahu Siasatan Telus, Bukit Aman Patut Kendali Siasatan
SHAH ALAM 27 APR: Sekurang-kurangnya dua peguam terkemuka mahu siasatan telus dilakukan dalam kes melibatkan remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid Amzah termasuk memastikan ia bukan dibuat polis Selangor.
Peguam, Gobind Singh Deo mahukan polis Bukit Aman dan bukan dari Shah Alam mahupun Selangor yang mengendalikan siasatan kes berkenaan.
Gobind adalah peguam kepada saksi utama iaitu rakan Allahyarham Aminulrashid yang berada dalam kereta ketika Allahyarham ditembak polis.
“Saya pohon agar siasatan ini dikendalikan oleh pegawai selia daripada pegawai Bukit Aman supaya tidak ada masalah pada masa hadapan dengan konflik dan sebagainya.
“Kita tidak hendak berlaku lagi perkara macam ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam di sini, hari ini.
Peguam hak asasi, N Surendran pula berkata tindakan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan yang membuat pelbagai tuduhan terhadap mangsa adalah amat meragukan.
"Mangsa hanya berusia 15 tahun dan menaiki kereta bersama rakannya. Peluru datang dari belakang dan mengenai bekalang kepala mangsa. Sebaik sahaja insiden berlaku, ketua polis negeri pantas mengeluarkan kenyataan.
"Mula-mula kata mangsa melarikan diri, kemudian kata ada parang dalam kereta. Kita mahu berterus-terang, ini semua pembohongan," katanya yang turut berada di IPPD Shah Alam.
tvs
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...