Sabtu, April 24, 2010
Pelacur bawah umur buka mulut
LONDON - Seorang pelacur bawah umur yang tidur dengan bintang bola sepak Perancis, Franck Ribery buat pertama kalinya membuat pengakuan kepada media berhubung skandal itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelacur itu, Zahia Dehar yang kini telah berumur 18 tahun memberitahu dia menyayangi Ribery dan dua lagi bintang bola sepak Perancis yang telah melanggannya.
Menurut Zahia, Ribery, 27, dan dua lagi bintang bola sepak Perancis, Karim Benzema, 22, serta Sidney Govou, 30, telah melayannya dengan amat baik dan menghormatinya.
Pelacur itu yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-18 pada 28 Februari lalu menyatakan dia berasa terkejut kerana ketiga-tiga pemain berkenaan akan dikenakan hukuman penjara tiga tahun jika disabitkan kesalahan kerana melanggannya semasa dia berumur 17 tahun.
Zahia berkata, ketiga-tiga pemain tersebut tidak perlu diganggu kerana mereka telah melayannya dengan penuh rasa hormat.
Sebelum ini, Ribery membuat pengakuan kepada polis bahawa dia tidak mengetahui bahawa pelacur yang dikenalinya itu di bawah umur.
Pelacur itu merupakan seorang daripada 18 wanita yang disoal siasat dalam satu serbuan polis di Cafe Zaman yang merupakan pusat pelacuran di Champs Elysee, Paris pada minggu lalu.
Zahia memberitahu pegawai-pegawai polis pencegah maksiat bahawa dia dilanggan tiga bintang bola sepak itu semasa dia berumur di bawah 18 tahun.
Pelacuran dibenarkan di Perancis tetapi pelacur mesti berumur lebih 18 tahun jika mahu menawarkan perkhidmatan kepada lelaki.
Ribery yang pernah membantu Perancis memasuki perlawanan akhir Piala Dunia 2006 tetapi tewas kepada Itali itu pernah membawa pelacur tersebut ke sebuah hotel di Jerman dari Paris semasa dia bermain untuk kelab bola sepak Bayern Munich pada musim panas lalu.
Bintang bola sepak itu yang sudah berkahwin pernah membayar pelacur itu sehingga AS$3,069 (RM9,819) untuk mendapatkan perkhidmatan seksnya.
Ribery yang dibeli oleh kelab bola sepak Bayern Munich pada 2007 dengan harga AS$38.39 juta (RM122.8 juta) memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan isterinya, Wahiba yang berketurunan Algeria tetapi tinggal di Perancis.
Nama Islamnya ialah Bilal.
Pasangan itu mempunyai dua anak.
Menurut fail polis, Zahia mula menjadi pelacur pada Mac 2008.
Pelacur itu pernah memperoleh pendapatan sebanyak AS$30,717 (RM98,266) sebulan kerana dia dilanggan oleh pelanggan-pelanggan kaya, terutamanya bintang bola sepak bertaraf jutawan.
Pelanggan-pelanggan Zahia akan membawanya menaiki pesawat ke Dubai dan menempah bilik di hotel lima bintang.
Beberapa detektif berkata, Zahia telah bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam soal siasat dan dia tidak akan dikenakan sebarang pendakwaan dalam kes pelacuran melibatkan tiga bintang bola sepak itu.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abou juga telah disoal siasat mengenai penglibatannya sebagai bapa ayam kerana dia memperkenalkan pemain-pemain tersebut kepada pelacur bawah umur itu. - Agensi/kosmo
Biasale lelaki na kawin dengan orang islam berpura-pura peluk islam, macam sapa tu dulu artis D.J...lanei dah terbalik kot habis.Tambah-tambah sikit siboy nie ada nama dan duit sikit pompuan islam pun jadi kelam.
BalasPadamYang peliknya difrance tu geng-geng players tu rasanya beragama islam dan berketurunan arab,lepas tu dok pi lalok didubai syurga dunia,sebuah negara islam yang diperintah oleh amier yang supe raje le diMsia nie,agaknya sume ameir-ameir nie kaki lalok kot.Tapi kita tak leh komen nanti kena ISA,al-maklumlah mencemar duli dan penguasa AGAMA,ada sesetengah ameir tu tak penah pi berjemaah disurau atau masjid didepan istananya apatah lagi nak jadi tok imam.