Sabtu, April 24, 2010
RTM,TV3 dicabar siar secara langsung debat malam ini
Anwar Menunggu Najib Di Pentas Debat Malam Ini
Oleh Fazli Othman
KUALA KUBU BAHARU 23 Apr - KEADILAN sudah menyediakan pentas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco dan hubunganya dengan Zionis Israel.
Debat Perdana bertajuk "Isu Apco, Israel dan Keselamatan Negara" itu dijadual berlangsung esok (hari ini) bertempat di Stadium Mini Kuala Buku Baharu bermula pukul 9 malam.
Anwar membuat cabaran terbuka kepada Najib untuk berdebat dengan beliau atas isu kepentingan negara dan rakyat semasa berucap di Batang Kali dia hari lalu.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata pentas debat ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menerangkan kepada rakyat Malaysia secara terbuka.
"Debat ini akan memberi peluang kepada Najib dan Anwar berdebat di depan umum dan saya cabar kepada RTM, TV3 dan semua rangkaian televisyen menyiarkan debat ini secara langsung untuk rakyat menilai," kata beliau.
Fuziah juga menyelar tindakan media arus perdana yang menyiarkan kempen secara berat sebelah kerana Pakatan Rakyat tidak diberi ruang oleh media dengan adil.
Ditanya media berhubung tempat untuk kedua pemimpin berdebat, Fuziah berkata KEADILAN akan menyediakan pentas, logistik dan permit polis untuk mereka.
"Tempat sudah disediakan tetapi kita masih menunggu jawapan yang positif daripada pihak Umno-Barisan Nasional dan berharap semua rangkaian televisyen boleh menyiarkan secara langsung," ujar Fuziah lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.
Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang sekali lagi mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung isu Apco yang didakwa mempunyai hubungan dengan rejim zionis Israel.
Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat cabaran itu selepas beliau dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan berhubung 1Malaysia dan Apco Worldwide yang kemudiannya dinafikan oleh kerajaan.
suara-keadilan
Share
Lawak la hangpa nie... nk debat syok sendiri pastu nk ajak org... pasang banner dulu baru jemput org nk berdebat.. kan bodo namanya yer tu... org malas nk layan kata org penakut... kesian ... dah teruk puak2 nie..
BalasPadamhidup anak sg boye!!!terajang bn jauh dari hulu selangor!!!mluat tgk bn .time2 ni bru terhegeh2 nak buat mcm2 projek,duit peneroka bru nak bg,2pun xsmpai sparuh...yg slebihnye lepas bn menang.hape punye syarat..duit peneroka buat mcm duit sendiri
BalasPadamPemimpin di dunia ni yang paling takut untuk memberitahu kepada masyarakat perihal hal sebenar adalah pemimpin umno. Selalunya penakut ni akan memberikan pelbagai alasan, alasannya pulak alasan yang bodoh, sesuai dengan tahap IQ pencacainya.
BalasPadamBiasanya kalau seseorang itu dipihak yang benar sekali 'petik'....10 kali dia datang menyahut cabaran.
Tapi pemimpin Melayu Umno...? Sangat memalukan hanya alasan, alasan & alasan.
nampak sgt PKR ni dh terdesak..hahahaha..kesian..
BalasPadampandai la.. sapa yg terdesak.. BN rsenye smpi kne import pengundi hantu.. sapa yg mangkuk..
BalasPadamPASSWORD : MOKHTAR
BalasPadamDitujukan KHAS buat C.I.F.U dan pencacai-pencacainya...
agak2nya lah..kalau kalau di buat banner, bunyinya cam ni "ANWAR CIFU AKAN ANGKAT SUMPAH MUHABALLAH DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN PADA HARI JUMAAT 30 APRIL 2010 WAKTU : SELEPAS SOLAT JUMAAT" agak2, berani tak si kaki bontot ni datang dan angkat sumpah???