Jumaat, April 23, 2010

UMNO Heret Anwar Ke Jawatankuasa Parlimen

Dengan menggunakan kelebihan majoritinya di Parlimen dan khidmat speaker lantikannya, Umno Barisan Nasional hari ini mengheret Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Anwar kini berdepan dengan kemungkinan digantung dari parlimen atau hukuman lain kerana mendedahkan tindakan Umno-BN menggunakan khidmat syarikat Zionis Apco World Wide dan hubung kait antara slogan Satu Israel dan Satu Malaysia.
Namun Anwar tidak gusar dengan tindakan terbaru Umno untuk menutup mulutnya, malah mengisthiyarkan beliau akan terus lantang bersuara walaupun dihantar ke penjara sekali lagi.
Usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dilihat sebagai bermotif politik dan dicabar oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Ahli parlimen Gombak Azmin Ali berkata Anwar tidak wajar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana beliau telah menyokong hujahnya dengan dokumen dan fakta.
“ Bagaimana dewan ini sudah menghukum Permatang Pauh dengan mengatakan kenyataan itu mengelirukan sebelum jawatankuasa meneliti dokumen-dokumen dan fakta-fakta yang telah dijelaskan oleh Tan Sri Speaker sebentara tadi” katanya di dalam sidang Dewan Rayat ketika memulakan perbahasan pagi tadi.
Menurut Azmin usul yang dibentangkan oleh Nazri melanggar Peraturan Mesyuarat 80 (1).
“ Usul ini juga sebenarnya Tan Sri Speaker, mengundang reaksi dan persepsi daripada rakyat bahawa UMNO bermati-matian untuk mempertahankan APCO dan Zionis Israel dan sanggup mengorbankan seorang negarawan dan seorang pemimpin Islam, Melayu dari Permatang Pauh ” .
Malah ujar Azmin, UMNO dalam keadaan tergesa-gesa nampaknya cuba lari dari persoalan pokok iaitu yang melibatkan isu keselamatan negara.
Malah tambahnya, tindakan UMNO merujuk Anwar ke jawatankuasa khas membuktikan bahawa kerajaan bersikap bacul dan mahu menutup mulut Anwar dari mendedahkan hubungan kerajaan dan syarikat berlatar belakangnya Israel-Zionis.
“ Saya tidak silap kalau mengatakan ada wakil APCO yang hadir dalam persidangan hari ini. Apakah pembahas-pembahas daripada UMNO akan bersuara dengan suara Zionis-Israel untuk mempertahankan mereka?” katanya lgi.
Seterusnya Ahli Parlimen Kota Belud, Rahman Dahlan yang mewakili Umno membuat pendedahan mengejut mengakui kerajaan membayar hamper 80 juta ringgit untuk menggunakan khidmat APCO.
Malah menurut beliau, kerajaan mengupah APCO untuk mengekang Pakatan Rakyat.
“ Saya ingin katakan Rm 77 juta ini seperti yang sering dikatakan sebagia pembangkang sebagai satu jumlah yang besar, saya setuju, tetapi mungkin RM 77 juta ini inilah akibat, inilah risiko, inilah jumlah yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan bagi menangani masalah yang dibuat oleh parti pembangkang” .
Anwar membidas hujah pimpinan UMNO yang bermati-matian mempertahankan APCO yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.
Anwar berkata sebelum ini Kuala Lumpur berlutut kepada Amerika Syarikat, mengkhianati rakan negara Islam atau pun menyokong unsur-unsur penjajah tanah Palestin. Namun segala itu sedang berlaku ketika ini.
"Boleh guna kuasa hukum saya. Tetapi tidak boleh mengelak daripada fakta, dokumen, dokumen polis, dokumen mesyuarat dengan menteri dalam negeri, kenyataan Pengerusi PAC, kebimbangan mengenai adanya unsur Israel dalam mesyuarat PAC yang ada minitnya… dan juga perjanjian lengkap sebahagian daripada perjanjian APCO-Israel dan APCO-Malaysia” ujar Anwar.
“ Tetapi hal ini tidak boleh disanggah. Sampai hari ini Yang kita dengar sehingga ke hari ini ialah penafian. Tidak ada kenyataan balas dari Perdana Menteri dari menteri-menteri” kata Anwar.

tvs






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...