Rabu, April 14, 2010
Undi orang Asli jadi rebutan
Dalam pergelutan menguasai Hulu Selangor, setiap undi dianggap penting, termasuk 721 undi daripada masyarakat orang Asli yang seringkali dilupakan.
Dengan hari pengundian ditetapkan pada 25 April ini, masa adalah emas.
Justeru, pihak-pihak yang bertanding mempergiatkan jentera masing-masing dengan menggempur semua kubu lawan berbekalkan bantuan baik dalam bentuk kewangan, barangan, mahupun janji-janji.
Pada pilihan raya umum 2008, PKR hanya mampu meraih satu peratus undi orang Asli dan usaha kali ini untuk menembus kubu kuat BN di sana dikatakan agak sukar.
Namun strategi kali ini bagi PKR ialah untuk memenangi pengundi atas pagar.
Menurut penganalisis jika PKR mampu menawan 10 peratus daripada undi masyarakat Orang Asli ia dianggap satu kejayaan besar yang mungkin mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Ini kerana pada 2008, PKR hanya menang dengan majoriti tipis 108 undi di Hulu Selangor.
Namun kehadiran jentera BN yang menggunakan agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli serta menaburkan pelbagai janji-janji projek pembangunan, menyaksikan usaha PKR itu bukan sesuatu yang mudah.
malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...