Isnin, April 05, 2010

Yang ni bukan kempen ke bai?


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan jentera bagi merasmikan pecah tanah projek perumahan generasi kedua pada Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun di Felda Soeharto, Hulu Selangor hari ini. - foto BERNAMA

Syok duk di Malaysia ni.Undang-undang mak bapak depa yang buat.Apa depa buat jangan kacau...kalau PR hangpa kena ikut undang-undang nak berkempen.Jangan berkempen kecuali BN..kahkahkah!!!


SPR Beri Amaran Hentikan Sebarang Kempen Di Hulu Selangor
Oleh AU YEONG HOW

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

"Sehingga hari penamaan calon, SPR tidak boleh bertindak ke atas mereka yang memasang bendera dan sepanduk, berkumpul dan berarak untuk tujuan berkempen.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Selepas hari penamaan calon, Wan Ahmad berkata, SPR boleh menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen sehingga tamat hari mengundi.

Katanya, SPR akan bekerjasama dengan polis dan PBT untuk tujuan itu.

"SPR akan menubuhkan enam Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya mengikut Seksyen 27B Akta tersebut sebaik sahaja menguatkuasakan Akta Pilihan Raya supaya pihak terbabit mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Mereka telah diberi kawasan spesifik untuk membuat pemantauan yang baik dengan kerjasama polis dan PBT," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Sebanyak 34,020 atau 52.7 peratus pengundi adalah Melayu; 16,964 atau 26.3 peratus (Cina); 12,453 atau 19.3 peratus (India) dan 1,063 atau 1,7 peratus kaum lain.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

mstaronline





4 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/4/10 11:23 PG

    kah...kah...kah..... pengerusi SPR buat lawak bodo,dia ni cuma warning kat Pakatan Rakyat saja tak boleh kempen, di malaysia ni ada 2 undang2 yang berbeza antara UMNO dan Pakatan Rakyat,tindakan segera akan diambil oleh penguatkuasa keatas kesalahan oleh PR maka tiada tindakan akan dikenakan jika yang bersalah itu UMNO,inilah wajah 1 malaysia yang sedang berlaku sekarang ini.saya harap agar SPR,SPRM dan PDRM segera daftar sebagai parti politik agar dapat bergabung dalam komponen Barisan Nasional sebab MCA,MIC,PPP dan Gerakan mempunyai masalah dalaman parti yang kronik.Harapan saya agar sayap baru BN boleh berfungsi dengan berkesan untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat pada PRU 13.

    BalasPadam
  2. macam ni punya kena tipu pun masih ramai lagi melayu yang percaya,pelik tapi benar.Mungkin inilah salah satu tanda2 akhir zaman yang semakin hampir, yang kejam,menipu,rasuah,tolak hukum akan disanjung dimata manusia tetapi yang mengajak kearah kebaikan akan dihina dan dicerca kononnya sesat,amar mungkar nahi maaruf......ini sudah berlawanan dengan perintah Allah.harap2 tu melayu kat Hulu Selangor pandai menilai antara mitos dan realiti.

    BalasPadam
  3. Peace No War5/4/10 12:09 PTG

    buat pi lah banyak mana akta sekalipun tapi kalau tak dilaksanakan tak bermakna langsung akta2 tersebut.kalau ada pun akta2 ini hanya akan dikenakan tindakan keatas Pakatan Rakyat @ pembangkang saja tapi kalau yang melanggar akta tersebut adalah UBN dan suku sakatnya maka terbatallah segala akta dan undang2 yang dikenakan.inilah namanya undang2 rimba 1 Malaysia.mungkin ini adalah nasihat terbaru dari penasihat Yahudi yang kerajaan 1 malaysia hebohkan.Sama macam kat palestin yang rejim yahudi buat, kalau orang yahudi buat rumah semua boleh tapi kalau orang Palestine buat rumah ditanah sendiri pun akan dirobohkan tentera Rejim Yahudi laknatullah.Inilah persamaan antara UBN dan penasihatnya APCO a.k.a Rejim Zionis Yahudi.

    BalasPadam
  4. Pendikar Gunung Jerai5/4/10 12:14 PTG

    Masa masih panjang untuk adakan PRU 13, apa kata SPR,SPRM dan PDRM dan segala agensi kerajaan pusat daftar sebagai parti politik dan masuk bertanding di bawah gabungan Barisan Nasional lawan dengan Pakatan Rakyat, barulah anak jantan namanya, jangan jadi macam Hang Tuah yang jadi pak turut semata2 jadilah Hang Jebat yang berani kerana benar menegakkan keadilan untuk semua.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...