Rabu, Mei 26, 2010

‘CAKAP BESAR’ BUKAN TIKET TUMBANGKAN BN



Oleh: GONOD M

KEMENANGAN Pakatan Rakyat (PR)-DAP bagi pilihanraya kecil Parlimen Sibu Sarawak sudah tentu sesuatu kejayaan yang perlu dibanggakan oleh PR yang bukan sahaja keputusan itu menjadi pemangkin kepada kekuatan PR di Wilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) sekaligus ia disifatkan sangat signifikan untuk merangkul lebih banyak kerusi Parlimen PR bagi menubuhkan kerajaan baru di negara ini selepas kerajaan BN ditewaskan.

Sungguhpun begitu kejayaan di Sibu tidak perlu dijadikan sandaran untuk ‘bercakap besar’ kerana ia sekadar merupakan suatu ‘Gegaran Kecil’ ibarat gempa bumi di mana gegaran itu tidak sampai pun mencecah 1.5 skala ritcher (suatu skala bacaan minimum gegaran kuat). Namun begitu ia telah menunjukkan kepada rakyat di wilayah Borneo bahawa PR berpotensi besar untuk menggugat kekuatan BN di wilayah ini pada PRU13.

Manakala keputusan ketika PRK Parlimen Hulu Selangor iaitu sebelum PRK Parlimen Sibu di mana calon PR-PKR Dato’ Zaid Ibrahim tewas lebih seribu majoriti kepada calon muka baru BN-MIC, tetapi para penganalisis politik tanah air menyifatkan Zaid; bukannya kalah dalam PRK itu sepertimana yang digembar-gemburkan oleh BN, malah sebenarnya undi PR-PKR telah meningkat jika dibandingkan daripada PRU12.

Konklusinya, adalah jelas menunjukkan bahawa 53 peratus pengundi Melayu di PRK Parlimen Hulu Selangor telah mengundi PR-PKR, manakala calon MIC Kamal hanya mendapat 15 peratus undi Melayu, India 20 peratus; Cina 10 peratus dan undi selebihnya yang memenangkan MIC tidak dikenal pasti datang dari arah kumpulan mana.

Dalam pada itu, perkara yang amat menggerunkan setiap kali PRK amalan ‘Rasuah’ lah satu-satunya musibah yang mencabuli pemikiran rakyat yang sepatutnya ia menjadi musuh No.1 negara, tetapi malangnya ia menjadi senjata No.1 kerajaan BN untuk digunakan menumpas lawan politiknya.

PRK Parlimen Sibu dan Hulu Selangor penyakit ‘Rasuah’ bukan menjadi suatu ‘RAHSIA’ lagi di kalangan rakyat malah turut menjadi topik perbualan di kedai-kedai kopi dan warung-warung dan tidak cukup jelas lagi ia turut berlaku di majlis-majlis ‘Ceramah Perdana’ seperti yang rakyat saksikan di TV1, TV2, TV3 dan AWANI.

Akhirnya, kelibat mereka (BN) telah terperangkap di PRK Parlimen Sibu di mana rakyat khususnya para pengundi Parlimen Sibu bertindak dengan berani memilih langkah yang tepat sekali apabila rakyat Sibu menolak kerajaan yang ‘KORUPSI’ dan sebaliknya memilih PR-DAP yang satu satunya parti yang berjuang berlandaskan ‘KEADILAN’ untuk semua kaum dan berjuang menghapuskan rasuah, seterusnya berjuang untuk mengembalikan sistem perundangan dan kehakiman ke landasan yang betul.

EPISOD CERITA DAP SABAH SELEPAS KEMENANGAN PR-DAP PRK SIBU:

Selepas kemenangan calon PR-DAP PRK Parlimen Sibu, keghairahan segelintir pemimpin DAP Sabah kelihatan ‘Syok Sendiri’ sehingga ada pemimpinnya terlupa ‘siapakah dirinya yang sebenar’.

Malahan pemimpinnya seperti Dr Edwin Bosi merasakan seolah olah DAP Sabah sudah terlalu ‘Kuat’ selepas kemenangan DAP dalam PRK Parlimen Sibu.

Apa tidaknya, selepas beberapa hari keluar dari perut kapal terbang ‘Airbus” dari Kuching ke Kota Kinabalu, dengan lantas Bosi yang politiknya sudah ‘Basi’ mengungkapkan pula kata-kata berbentuk ‘sinis’ namun ‘pedas’ kepada rakan seperjuangan dalam pembangkang SAPP (bukan gagasan PR) yang menyarankan wakil-wakil rakyat SAPP letak jawatan bagi memberi laluan kepada ‘pilihanraya kecil’ sebagai menguji kekuatan pembangkang di Sabah.

“Apakah saranan Bosi itu boleh dipandang masyarakat penyokong SAPP sebagai lojik? Apakah mungkin Bosi benar-benar serius atau sekadar mengejek SAPP kerana Bosi mendabik dada konon DAP sudah kuat sepertimana yang terbukti di PRK Sibu.”

Terdapat banyak andaian di sekeliling masyarakat yang tidak gemar melihat kelibat pemimpin ‘sarkastik’ seperti Bosi lantas berfikiran negatif terhadapnya, malah ada yang sudah berkira-kira akan menghukum Bosi di mana sahaja, ianya bertanding pada PRU13 tidak kira atas tiket apa digunakannya. Mereka berkata bahawa setiap yang ‘egois’ akan menerima pembalasan ‘Si Pitung’.

Tidak ada suatu yang perlu dibanggakan sangat meskipun DAP memenangi PRK di Parlimen Sibu, namun perjuangan PR untuk merebut kerajaan dari tangan BN masih jauh dan perlu mengharungi onak dan duri untuk sampai ke matlamat perjuangan.

Sebaliknya apa yang perlu PR lakukan ialah kesepakatan perjuangan di kalangan ‘Gagasan Pembangkang’ termasuklah SAPP, Bersekutu dan lain-lain (jika ada) perlu digarap semula untuk mengumpulkan kekuatan bagi menumbangkan kerajaan BN.

Perlu diingat bahawa sejarah telah membuktikan kekuatan DAP di Sabah sejak berjuang bersendirian di sini lebih 20 tahun lalu, jangankan menumbang BN, malah menggoncangkan BN pun belum tentu.

sabahkini


Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...