Isnin, Mei 24, 2010

Dua lelaki tonton aksi gadis dinodai

2010/05/24

KAJANG: Gara-gara terlalu mudah mempercayai teman lelaki yang baru dikenali, seorang pelajar bukan saja dirogol, malah tindakan keji itu turut ditonton dua rakan lelaki terbabit sebelum memaksa mangsa melakukan seks oral.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Rabu lalu, mangsa yang berusia 14 tahun diperkosa dan dicabul dalam sebuah kereta di kawasan gelap di Sungai Tekali, Hulu Langat.

Menurut sumber, mangsa berkenalan dengan suspek ketika mengikut rakannya bersiar-siar di ibu kota tiga hari sebelum kejadian.


“Dua hari kemudian, suspek membuat temujanji untuk keluar bersama. Suspek menjemput mangsa dengan kereta ditemani dua rakannya.


“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus mengikut suspek dan selepas bersiar-siar, mangsa dibawa ke tempat kejadian kira-kira jam 1 pagi,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa dirogol sambil diperhatikan dua rakan suspek. Akibat terangsang kedua-dua rakan suspek turut memaksa mangsa melakukan seks oral.


“Lebih malang, mangsa ditinggalkan di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini, dalam keadaan tidak bermaya.


“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya lagi.


Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, hasil laporan dan maklumat mangsa, suspek yang juga teman lelaki baru remaja berkenaan diberkas pada hari sama.

hmetro

Share

3 ulasan:

  1. Tak pe lah. Kalau waktu itu polis tangkap, mesti ibu mereka cakap mereka budak baik. Polis yang salah. Keluar sampai pukul 1 pagi mana ada salah.
    Yang salah sudah pastinya polis.

    BalasPadam
  2. tak pa asal jgn tembak..kahkahkah

    BalasPadam
  3. kahkahkah kata2 biaqpila (betul betul betul)

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...