Sabtu, Mei 01, 2010

'IGP mesti letak jawatan atau berdepan demo'



Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

pakatan rakyat lodge report against musa hassan 300410 03Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

malaysiakini


Share

1 ulasan:

  1. beberapa (ekor?)wakil rakyat pakatan rakyat?? beberapa jer? kenapa tak semua? mana yang lain? kalau kena biar sama sama...yang beberapa ni la sok akan kena dakwa oleh igp kerana 'mengugut' dan menghasut rekyat untuk berdemo..... inilah stail polis amno. kalau ugutan bunuh tgna remeh pasal belum bunuh, dan mamat yang ugut tu pon bukan wujud, cuma nak mengumpan penyokong dan bloggers2 pr yang bangang supaya melupakan tumpuan kepada kes budak yang kepalanya kena kongkek peluru polis israel di s. alam tu. tapi kalau kena tang dia , ini ugutan yang serius, boleh menimbulkan ketegangan dan huru hara seluruh dunia... mesti tangkap dan isa kan beberapa wrpr tu. yang wrpr tu pon satu bangang, camne la boleh jadi wr? jangan bagi kata dua, jangan bagi chan sampai sebulan... sebulan tu lama oiii, macam macam boleh jadi. ini malaisia tau tak.dia boleh rancang sesuatu dengan panduan apco untuk tindakan yang lebih gila. sepatutnya alang alang dah mengugut, suruhla dia halakan pistol kekepala dia sebelum masuk waktu subuh 1hb mei... kan sempena cuti hari buruh ramai orabg boleh......!! selamat hari buruh, kerja rajin2 supaya negara maju dan pemimpin kerajaan kayaraya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...