Oleh Nazar Hashim
ALOR SETAR 23 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Lim Soo Nee kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab media milik Umno-Barisan Nasional yang sanggup mensensasikan isu lompat parti untuk mengugat keutuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah walaupun ianya tidak benar sama sekali.
Beliau menafikan dakwaan media yang sentiasa mensasarkan tohmahan dan dakwaan terhadap beliau sebagai orang yang akan melompat parti.
Apa yang berlaku adalah mainan politik media Umno-BN yang ingin melemahkan perpaduan antara rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat Kedah.
"Sebagai pengamal media yang bertanggungjawab untuk membina masyarakat progresif adalah amat mustahak melaporkan fakta dan kebenaran dalam sesuatu isu.
Apabila perkara yang sebaliknya berlaku maka sudah pasti kesannya akan menjadi lebih buruk seperti yang dilihat dalam proaganda bubar DUN Kedah," kata Soo Nee semasa memberi penjelasan dalam isu lompat parti di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut semalam.
Menurut Soo Nee beliau berharap apa jua masalah dalam pentadbiran negeri dapat diperbaiki melalui budaya muafakat.
"Saya yakin ramai yang ternanti-nanti untuk mengetahui kebenaran dan penjelasan apakah saya akan mengikut dua rakan yang telah melompat parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas seperti Lunas dan Tikam Batu.
"Dengan ini juga saya menyatakan pendirian tegas tidak akan melepaskan jawatan sebagai ADUN Kulim dan mewakili KEADILAN bersama-sama dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, " ikrar beliau.
Beliau yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri amat berharap segala isu yang berkaitan dengan masalah dalam parti tidak diselesaikan melalui media massa yang kadangkalanya akan membawa kesan negatif sekiranya laporan sebenar tidak disiarkan.
SK
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...