Sabtu, Mei 01, 2010

Nizar: Saya Hanya Ulangi Ucapan Najib, Pemimpin Umno

Oleh Rusnizam Mahat


SHAH ALAM 1 Mei - Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyelar tindakan pihak tertentu yang membuat laporan polis terhadap beliau berhubung ceramah semasa kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor sambil menyifatkan ia sebagai helah untuk mencari kesalahan Pakatan Rakyat.
Nizar menegaskan kenyataan beliau tidak sama sekali bersifat perkauman tetapi hanya mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkan pemimpin Umno terhadap kaum bukan Melayu di negara ini.
"Saya cuma menyebut dan menyatakan apa yang telah diperkatakan oleh pimpinan Barisan Nasional khususnya pimpinan Najib Razak yang mengeluarkan kenyataan yang rasis kepada masyarakat Cina.
"Saya sebut dalam himpunan pada waktu Najib menjadi Ketua Pemuda Umno di mana dia menghunus keris untuk mengugut orang-orang Cina di kampung Baru. Saya hanya mengulangi apa yang dia kata," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Semalam tiga wakil kaum utama di Selangor, membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana mendakwa beliau menyampaikan ceramah politik berbaur hasutan di Hulu Selangor.
Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh di Ibu pejabat Polis Shah Alam.

suara-keadilan

Share

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/5/10 1:59 PG

    Salam,
    bukan nak pro pada sesiapa,cuma memang kenyataannya Nizar ni dah hilang akal dan logik dalam mengatakan sesuatu.Patutlah DAP menyokong sangat perlantikan Nizar sebab MB dulu.Langsung tidak nampak kewibawaan.Jadi bell boy DAP amat sesuai sekali.Ulang kata ke tak ulangke,tahukah Nizar maksud 'sentimen'.Mmg bodoh bekas MB ni.BODOH YANG TERAMAT.Harap siarkan ulasan saya ini.
    -wassalam-
    -Pengundi Atas Pagar-

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama2/5/10 11:21 PG

    Wah..kalau PR,DAP,PKR,PAS cakap (biarpun cuma ulang apa BN cakap)...u panggil "sentimen" tapi bila BN,UMNO buat ucapan melibatkan perkara tersebut jadi amanat tiada unsur"sentimen" semua sokong abis..inilah yang hendak di tunjukan di sini bila BN/UMNO buat tak pa tapi bila PR,PKR,DAP,PAS buat pula jadi "sentimen" lah.apala..ini barulah "BODOH YANG TERAMAT"..berebut2,berlumba2 buat laporan polis....lucu pula

    -Wassalam
    -Atas pagar bagus u terjun ke UMNO/BN....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...