01/05/2010
KOTA BHARU 1 Mei - Seorang pengawal peribadi kepada pemangku Raja Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra cedera parah ditembak di dada semasa berada di Palekpang pada pukul 12.25 tengah malam tadi.
Beliau kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan pengawal peribadi tersebut adalah pesara tentera yang dilantik secara kontrak dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kota Bharu ke Tumpat.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut. - Utusan
Share
semoga cepat sembuh seperti sediakala, aamiiin.
BalasPadamrakyat bangga dgn keperibadian pemangku sultan kelantan, hidup tengku mahkota! Allahuakbar!