Jumaat, Mei 07, 2010

Polis Tak Berkesan, Tentera Ambil Alih?

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Pualu Pinang, Datuk Azhar Ibrahim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Beliau turut memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

DUN Pulau Pinang kecoh seketika dengan amaran itu.

Ini berikutan bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis baru-baru ini.

Kenyataan itu menyaksikan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan menuntut Azhar menarik semula kenyataannya itu.

Azhar yang enggan berbuat demikian diusulkan untuk diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kelakukannya itu diluluskan di DUN hari ini.

Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan dan cuba mengapi-apikan niat jahat di kalangan pelbagai kaum di negeri itu.

erapakatan


Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...