Selasa, Mei 25, 2010
POLITIK KATAK, MONYET DAN KETAM AMAT MENARIK
Mutaligat
Kisah lompat parti bermula sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke-12 diumumkan di mana BN kalah paling teruk dalam sejarah politik Malaysia.
Dari detik itu bermulalah cerita katak yang suka melompat, di mana wakil rakyat yang melompat parti dipanggil katak kerana suka melompat dari satu kolam atau sungai ke kolam dan sungai lain semata-mata untuk memuas nafsu buas mereka.
Monyet juga mempunyai ceritanya tersendiri. Bila monyet mendapat bunga ia 'ralit' tidak mahu buat kerja dan syok sendiri.
Akhirnya ia dicemuh oleh rakan-rakan dan malu kepada rakan-rakan dan rakyat bawahan.
Bila ini terjadi si monyet ini mula menyendiri dan ini memudahkan beliau diterkam oleh musuh untuk dibeli dan dijatuhkan maruahnya.
Cerita ketam pula begini. Si Ketam ini memang berlagak pandai. Apa sahaja yang orang lain buat semua tidak betul.
Ibaratnya ia seorang sahaja yang betul. Bila selalu sangat 'komplen' dan salahkan orang lain malah 'komplennya' pula tidak dibuat pada saluran yag betul akhirnya ia semakin bongkak merasakan dirinya hebat dan pandai.
Padahal si Ketam ini cuba mengajar tetapi ibarat dia mengajar anaknya berjalan betul dirinya sendiri pun berjalan tidak betul.
Oleh kerana itu akhirnya si Ketam ini mudah dipujuk dan dirayu kononnya suaranya tidak berguna dan diketepikan, lebih baik masuk kumpulan satu lagi.
Akhirnya KATAK, MONYET DAN KETAM masuk perangkap dan tergadai maruah dan kedaulatannya./Harakahdaily
armomech
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...