Khamis, Mei 27, 2010

Pusat refleksologi tawar pakej berahi kena serbu

KUALA LUMPUR: Urut badan ke badan. Itu pakej berahi yang ditawarkan sebuah pusat refleksologi di Pusat Perniagaan Danau Desa sebelum ia diserbu sepasukan polis, malam tadi.

Selain urutan berahi itu, pelanggan boleh mendapatkan khidmat seks yang ditawarkan tukang urut yang kebanyakannya masih muda dan bergetah dan semua pakej itu ditawarkan dengan harga RM250.

Bagaimanapun, semua itu berakhir apabila sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur menyerbu pusat refleksologi terbabit kira-kira jam 7 malam.


Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata dalam operasi itu seramai tujuh wanita yang bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit ditahan.


Menurutnya, selain itu, seorang lelaki berusia 33 tahun yang juga penjaga premis terbabit dan tiga pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan.


“Wanita yang ditahan itu berusia 22 hingga 29 tahun dan semua mereka masing-masing lima dari Thailand dan dua lagi berasal dari Vietnam.


“Ketika ditahan, seorang daripada pelanggan terbabit berbogel manakala dua lagi dalam keadaan separuh bogel,” katanya.


Difahamkan, premis terbabit dikesan bergiat aktif menjalankan aktiviti tidak bermoral itu sejak empat bulan lalu dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.


Menurut Razali, polis turut merampas 72 kondom yang belum digunakan disorok serta ditutup dengan kertas di dalam tong sampah.

hmetro


Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...