Isnin, Mei 03, 2010

Saya tiada niat jadi Timbalan Presiden PKR – Zaid Ibrahim



KUALA LUMPUR : Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim menolak andaian kononnya beliau mahu bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang pemilihan parti itu pada tahun ini.

Menurutnya, misi politik beliau ketika ini lebih kepada memperkukuhkan PR seterusnya membantu gagasan itu bagi membentuk dan menghuraikan soal-soal dasar secara bersama.

“Adalah menjadi harapan saya supaya keyakinan rakyat akan bertambah terhadap Pakatan Rakyat dalam usaha kita untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara.

Soal dalaman PKR dan soal siapa memegang jawatan-jawatan penting dalam parti bukanlah perkara yang penting kepada saya,” kata beliau dalam blognya.

Zaid yang juga bekas Menteri Undang-undang bagaimanapun menegaskan, sekiranya PKR dalam keadaan kucar-kacir sehingga menjejaskan PR, maka sudah pasti ia merupakan perkara penting yang perlu difikirkan dan diambil berat secara bersama.

“Cuma kalau PKR menjadi kucar-kacir, misalnya, dan ini pula akan menjejaskan Pakatan Rakyat, maka sudah tentu ia menjadi perkara penting untuk kita semua fikirkan dan mengambil berat.

Tetapi jika keadaan seperti itu berlaku sekali pun, ia tetap menjadi soal kepimpinan Pakatan Rakyat yang perlu diambil kira oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan bukan soal peribadi untuk saya tentukan,” tegasnya.

Anak kelahiran Kelantan itu turut mengingatkan semua penyokong PR bahawa perkara terpenting yang perlu dilakukan sekarang ialah bagaimana untuk terus meyakinkan rakyat bahawa bahawa PR adalah alternatif yang lebih baik daripada Barisan Nasional.

“Saya ulangi sekali lagi bahawa saya tidak akan bertanding apa-apa jawatan penting dalam PKR.

Saya hanya bersedia membantu dan menolong PKR pada bila-bila masa selagi bantuan dan pertolongan saya diperlukan.

Ingatlah, usaha paling penting buat kita semua sekarang ialah meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif yang lebih baik daripada Barisan Nasional dalam usaha memulihkan kembali segala kelemahan dan kepincangan yang ada dalam sistem kerajaan kita,” tambahnya lagi.

erapakatan


Share

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama3/5/10 9:12 PTG

    Salam,
    1.Dalam politik tak tu sebenarnya BETUL...betul tak..

    2.Kalau nak bertandingpun tak apa...anda layak...

    3.Apapun dah bermula satu tirai baru dan PKR...agaknya ramalan sebelum ni BENAR BELAKA..

    adibeta,
    kubang kerian,kelantan

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...