Isnin, Jun 21, 2010
Budak disunat jin
Gambar Hiasan
20 Jun 2010
JAKARTA: Seorang kanak-kanak berusia lima setengah tahun menyebabkan penduduk di Kemayoran heboh apabila dia didakwa dikatakan dikhatan oleh jin.
“Aryo memberitahu kami dia rasa ada sesuatu yang menyepit kemaluannya secara tiba-tiba ketika bermain di biliknya.
“Apabila kami melihatnya, kelamin Aryo seolah-olah kelihatan seperti sudah dikhatan,” kata Yohana.
Doktor yang merawat kanak-kanak itu, Mohammad Iskandar berkata, kejadian itu bukan luar biasa.
“Kejadian ini dalam ilmu perubatan disebut phymosis iaitu perkembangan kulit kelamin lebih lambat dibanding perkembangan kepala zakar. Apabila kemaluan Aryo tegang, kulit tertarik dan ia kelihatan seperti telah disunat,” kata doktor itu. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...