Ahad, Jun 27, 2010
Coli Cut Tari bahan bukti
CUT TARI... mengaku pakai blaus hijau dan coli hitam.
2010/06/27
JAKARTA: Polis Indonesia dilaporkan masih bingung kerana belum menemui coli hitam dan cincin milik Cut Tari untuk dijadikan bahan bukti dalam isu penyebaran video aksi lucahnya bersama vokalis Peterpan, Ariel.
“Ya, kami sudah menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa tetapi belum ada apa-apa pun yang disita,” katanya.
Menurut jurucakap itu, mereka mencari bahan berkenaan selepas menyelidik rakaman video berkenaan.
Malah, katanya, Cut Tari, 32, juga mengaku memakai blaus tanpa lengan warna hijau muda serta coli hitam ketika dia mengadakan hubungan seks.
“Masalahnya, Cut Tari tidak ingat di mana dia menyimpan coli berkenaan,” katanya.
Nama Cut Tari tiba-tiba melonjak naik apabila dia dikaitkan dengan rakaman aksi lucah bersama Ariel baru-baru ini.
Ia didedahkan hanya beberapa hari selepas Ariel, 28, didakwa mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya, Luna Maya.
Seperti Luna Maya, 26, Cut Tari adalah pengacara televisyen selain terbabit dalam sinetron tempatan.
Dalam perkembangan bekaitan, polis menyatakan akan menggeledah pejabat Luna Maya.
Kata jurucakap itu, polis perlu terus mencari bahan bukti dan antara lokasinya adalah tempat yang sering didatangi ketiga-tiga tokoh berkenaan.
“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini suspek masih Ariel seorang,” katanya.
Sementara itu, kajian menunjukkan kejahatan seksual di kalangan remaja Indonesia meningkat 20 peratus, dipercayai akibat penyebaran klip video berkenaan.
Menurut Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, peningkatan itu dicatat dalam tempoh seminggu.
“Lebih membimbangkan, ia juga menjadi isu utama perbualan kanak-kanak,” kata aktivis badan itu. - Agensi
HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...